Skip to main content

Hajat besar Bibiana


IMBAS KEMBALI... Reaksi Bibiana selepas meraih pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi baru-baru ini.


SELEPAS merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel 2010, penembak wanita negara, Bibiana Ng kini mempunyai misi yang lebih besar.

Bibiana berkata, kejayaan meraih emas dalam acara 10 meter Air Pistol individu pada temasya di New Delhi, India itu akan dijadikan pembakar semangat baginya terus mencipta nama di pentas lebih berprestij.

Penembak kelahiran Sarawak itu berazam untuk melakar kejayaan yang sama pada temasya Sukan Asia 2010 yang akan diadakan di Guangzhou, China bulan depan.

"Saya telah menyertai empat temasya Sukan Komanwel sebelum ini dan baru kali ini saya berjaya meraih pingat emas," kata Bibiana kepada Kosmo! semalam.

"Kejayaan ini menaikkan lagi semangat saya untuk melakar keputusan yang baik pada Sukan Asia bulan depan.
"Walaupun saya akui saingan pada Sukan Asia lebih hebat dengan penyertaan penembak-penembak handalan dunia termasuk peserta tuan rumah, namun tidak mustahil saya melakukan kejutan di sana."
Bagaimanapun, Bibiana mahu bersikap lebih realistik sebelum memikirkan pingat yang mampu diraih.
"Apa yang penting, saya harus melayakkan diri ke pusingan akhir terlebih dahulu," jelas Bibiana.

"Pada pusingan akhir, apa sahaja boleh berlaku. Meskipun ketinggalan pada peringkat saringan tetapi pada pusingan akhir, penembak yang paling konsisten mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang."

Untuk rekod, Bibiana sekadar menduduki tempat ketujuh pada Sukan Asia di Doha, Qatar empat tahun lalu.
Pada Sukan Komanwel 2010, Bibiana menghadiahkan pingat emas kelapan buat kontinjen Malaysia. Dia turut meraih gangsa dalam acara 25m Pistol individu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...