Skip to main content

LTdL 2011 berlangsung 23 Jan.


SAINGAN LTdL 2011 akan bermula pada 23 Januari tahun depan melibatkan 10 peringkat perlumbaan.


PERSOALAN mengenai tarikh sebenar penganjuran kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 akhirnya terjawab semalam.

Sebelum ini, LTdL berdepan kemungkinan dipendekkan hari saingan daripada 10 kepada tujuh hari ekoran salah faham Jawatankuasa Lebuh Raya Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ketika membuat keputusan di Kongres UCI di Melbourne bulan lalu.

Begitupun, keputusan untuk mengekalkan cadangan asal sebanyak 10 peringkat perlumbaan bermula 23 Januari hingga 1 Februari 2011 akhirnya dicapai menerusi rundingan di antara Presiden UCI, Pat McQuaid dan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia (ACA), Abu Samah Abd Wahab kelmarin.

Abu Samah yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Penasihat LTdL 2011 menjelaskan, McQuaid telah membuat keputusan positif tersebut sekalipun menerima laporan dan cadangan Pengarah Jawatankuasa Lebuh Raya UCI, Philippe Chevallier yang hanya membenarkan LTdL 2011 diadakan selama tujuh hari sahaja iaitu dari 26 Januari sehingga 1 Februari.

"Keputusan Jawatankuasa Lebuh Raya UCI diketuai Philippe Chevallier pada mesyuarat Kongres UCI yang diadakan di Melbourne bulan lalu ialah LTdL 2011 diadakan selama tujuh hari (26 Januari hingga 1 Februari).
"Alasan Chevallier ialah kita telah memohon untuk mengurangkan tarikh penganjuran pada 2007.
"Chevallier turut menyatakan bahawa ada kemungkinan banyak pasukan Pro Tour dan benua dari Eropah tidak suka kalau perlumbaan Le Tour de Langkawi diadakan selama 10 hari.

"Bagaimanapun, kita ada bukti Tour of Korea diadakan selama sembilan hari manakala Tour of Indonesia pula 12 hari.

"Jadi tidak wujud prejudis atau salah sangka andainya kita buat perlumbaan selama 10 hari. Saya tekankan perkara ini kepada Pat McQuaid.

"Alhamdulillah beliau faham akan kepentingan perlumbaan Le Tour de Langkawi," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Bulan lalu, Jawatankuasa Lebuh Raya UCI pada Kongres UCI yang diadakan di Melbourne memutuskan pada dasarnya untuk mengarahkan penganjur LTdL 2011 mengadakan perlumbaan terbesar di Asia itu selama tujuh hari sahaja dan bukan 10 hari sebagaimana rancangan asal.

LTdL 2011 yang bakal menyaksikan penampilan semula perlumbaan peringkat pertama di Pulau Langkawi, dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan mendapat nasihat kepakaran daripada PKBM.
Sejumlah 21 pasukan Pro Tour dan benua sebahagian besarnya dari Eropah dan sekurang- kurangnya lima pasukan kebangsaan termasuk skuad lebuh raya Malaysia yang kini sedang menjalani latihan intensif di Melbourne atas perbelanjaan KBS, dijangka menyertai LTdL 2011.

Rentetan itu, Abu Samah turut memuji semangat permuafa- katan yang ditunjukkan oleh pengurusan ACA khususnya Presiden Cho Hee Wook dari Korea Selatan yang sebulat suara mahu membantu Malaysia dalam menangani permasalahan tersebut.
"Asia sekali lagi membuktikan bahawa semua masalah yang ada di dalam benua Asia boleh ditangani secara kolektif dan dipersetujui sebulat suara. Inilah kehebatan badan berbasikal Asia," katanya yang juga Presi- den Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh menegaskan, keputusan UCI membuktikan badan dunia tersebut memperakui kehebatan tenaga kepakaran anak tempatan dalam menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia selama 10 hari.

"Sebenarnya kami amat percaya kepada nasihat dan bantuan Abu Samah sebagai Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia. Daya kepemimpinannya pada peringkat Asia meyakinkan Presiden UCI bahawa Malaysia sememangnya mampu untuk menganjurkan LT- dL 2011 selama 10 hari.

"Malah saya sendiri sentiasa percaya Presiden UCI akan menggunakan kuasanya untuk mengekalkan tarikh cadangan asal LTdL 2011. Akhirnya semalam kami menerima keputusan tersebut daripada badan kebangsaan," katanya.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...