Skip to main content

Misi mencabar perenang negara


ZOLKPLES memberi kata-kata semangat kepada para perenang negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.


MISI skuad renang negara bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan depan dijangka cukup mencabar. Selain perlu berdepan cabaran tuan rumah, China, barisan perenang negara juga terpaksa mengharungi cabaran daripada perenang-perenang Olimpik dari negara Asia lain.
Namun, bagi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, situasi itu tidak seharusnya menjadi alasan kepada 12 perenang dan tiga atlet renang berirama negara untuk 'menyerah' begitu sahaja.

Jelas Zolkples, meskipun tidak meletakkan sasaran pingat pada temasya di Guangzhou itu, namun beliau tetap berharap perenang negara dapat menunjukkan peningkatan dari segi prestasi atau sekurang-kurangnya mampu memperbaharui rekod kebangsaan masing-masing.
"Kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad renang negara memenangi pingat di Sukan Asia nanti," kata Zolkples ketika meninjau persiapan skuad renang di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.
"Ini kerana ramai perenang handalan dan juara Olimpik seperti China, Korea Selatan dan Jepun akan beraksi di sana.

"Cuma apa yang saya harapkan ialah perenang kita tidak mudah mengalah apabila turun bersaing dan mempamer prestasi terbaik mereka sekurang-kurangnya memperbaharui rekod kebangsaan," ujarnya lagi.
Zolkples berharap perenang sensasi negara, Daniel Bego dan Khoo Cai Lin mampu mencipta kejutan selain perenang muda negara seperti Ian James Bar serta Chan Kah Yan dapat menimba pengalaman beraksi pada temasya berprestij di Asia itu.

"Kita ada beberapa lagi perenang muda yang berpotensi pada masa hadapan. Jadi saya harap mereka akan menggunakan peluang beraksi pada Sukan Asia ini dengan baik bagi mengutip pengalaman dan pendedahan.
"Bagi acara renang berirama pula, atlet kita hampir membuat kejutan apabila menduduki tempat keempat pada Sukan Komanwel.

"Jadi saya harap pada Sukan Asia, mereka mampu menghadirkan satu lagi kejutan," katanya.
Begitupun Zolpkles memberitahu, hajat untuk melihat kilauan pingat di kolam renang mungkin dapat direalisasikan oleh skuad terjun negara yang ketika ini sedang berlatih di Dalian, China.
Pada Sukan Komanwel di New Delhi baru-baru ini, skuad terjun negara menyumbang satu pingat emas, satu perak dua gangsa.

"Penerjun kita, Pandelela (Rinong), (Leong) Mun Yee, Bryan (Nickson Lo- mas) dan (Yeoh) Ken Nee semuanya bertaraf dunia dan telah menyumbang pingat di New Delhi.
"Tetapi cabaran pada Sukan Asia lagi sengit kerana ramai penerjun Olimpik turut mengambil bahagian.
"Bagaimanapun, saya berharap mereka dapat menyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia," kata Zolkples lagi.



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...