Skip to main content

Mohd. Yasin dilantik Pesuruhjaya Sukan baru


Mohd. Yasin Salleh


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Yasin Salleh dilantik Pesuruhjaya Sukan yang baru menggantikan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf yang tamat kontraknya, Khamis lalu.

Mohd. Yasin yang menerima tawaran untuk jawatan tersebut pada 6 Oktober lalu akan mula bertugas pada November ini.
Bagaimanapun tarikh sebenar masih belum ditetapkan kerana beliau mahu menguruskan segala urusan peribadinya terlebih dahulu.

Mohd. Yasin yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, ketika ini masih terlalu baru baginya untuk bercakap tentang perancangan.
Beliau bagaimanapun akan memaklumkan apa jua rancangan masa depannya sebagai Pesuruhjaya Sukan sebaik sahaja mula bertugas kelak.

‘‘Saya telah memberi jawapan pada surat tawaran yang saya terima pada dua minggu lalu dan saya akan mula bertugas pada November ini.
‘‘Tarikh tepat untuk saya mula bertugas masih tidak diketahui lagi kerana saya memohon penangguhan daripada tarikh asal kerana mahu menguruskan hal berkaitan persaraan saya dahulu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Mohd. Yasin bersara sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 21 Ogos lalu.
Penyandang jawatan terdahulu, Nik Mahmud, 61, tidak melanjutkan kontraknya kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga setelah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun.

Kontrak Nik Mahmud sepatutnya tamat pada Jun lepas tetapi disambung sehingga 14 Oktober lalu.
Nik Mahmud dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan menggantikan Tan Sri Elyas Omar pada April 2008.
Sepanjang menyandang jawatan itu, Nik Mahmud menyelesaikan banyak kes membabitkan persatuan sukan termasuk kemelut Persatuan Taekwondo Malaysia yang bermula sejak 2005.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...