Skip to main content

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Tiada Kuasa Untuk Menguat Kuasa

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Hasrat Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menguat kuasa dan memperluaskan skop bidang kuasanya sebagai pendaftar dan penguat kuasa tadbir urus persatuan sukan tempatan terbantut berikutan badan itu tiada mempunyai kuasa penguatkuasaan.

Bekas Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf berkata PPS hanya mempunyai kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk sekadar menerima laporan dan menyiasat sebarang salah laku dalam pentadbiran sesebuah persatuan sukan.

"Tetapi di bawah akta yang sama, PPS tidak diberikan kuasa untuk menguatkuasakan akta tersebut. Contohnya, jika PPS perlu mendapatkan sebarang dokumen dari pejabat persatuan, PPS terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak lain untuk melakukannya, seperti bantuan dari Polis Diraja Malaysia," katanya kepada Bernama.

Kontrak Nik Mahmud, 61, sebagai Pesuruhjaya Sukan tamat Khamis lepas setelah tiga tahun berkhidmat sejak April 2008.

"Berikutan sekatan yang ada, PPS terpaksa mengambil masa yang lama untuk bertindak menyelesaikan beberapa konflik dalaman persatuan sukan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata PPS telah cuba untuk meminda akta tersebut awal tahun lepas bagi memberi kuasa penguatkuasaan kepada badan itu.

"Malangnya, terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan pindaan tersebut atas alasan pindaan itu akan memberi kuasa yang berlebihan kepada PPS," jelasnya.

Nik Mahmud berkata antara pihak yang menolak cadangan pindaan tersebut ialah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mendakwa PPS cuba mengambil alih tugas MOM sebagai badan yang memayungi semua persatuan sukan di negara ini.

"PPS sedar MOM mempunyai Majlis Timbang Taranya sendiri tetapi dalam kebanyakan kes, persatuan lebih gemar merujuk masalah dalaman mereka kepada PPS yang dilihat mereka lebih berkecuali," katanya.

Beliau berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pembangunan Sukan 1997, mana-mana badan sukan yang mempunyai masalah dalaman, perlu menyelesaikan sendiri segala bentuk kekecohan yang berbangkit mengikut perlembagaan sukan masing-masing.

Nik Mahmud berkata mengikut Seksyen 24, walaupun PPS hanya boleh memberi nasihat dalam menyelesaikan masalah dalaman persatuan sukan, namun PPS boleh campur tangan bagi menyelesaikan masalah jika diminta oleh Menteri Belia dan Sukan.

"Justeru itu isu PPS dikatakan mengambil masa terlampau lama bagi menyelesaikan kes dalaman persatuan sukan mungkin tidak akan kedengaran lagi sekiranya PPS mendapat kuasa terus untuk bertindak menyelesaikan kes yang dirujuk kepadanya," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...