Skip to main content

Pelumba lebuh raya berlatih di Colorado?


PELUMBA lebuh raya negara dicadangkan agar menjalani latihan di Colorado, Amerika Syarikat.


KEGAGALAN di beberapa kejohanan besar termasuk yang terbaru di Sukan Komanwel di New Delhi awal bulan ini menyaksikan kemungkinan skuad lebuh raya negara akan dihantar berlatih di Colorado, Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat sebagai usaha melahirkan pendaki bertaraf dunia.

Saranan itu diluahkan ketua jurulatih, John Beasley kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebagai salah satu intipati post-mortem ringkas rentetan kegagalan demi kegagalan skuad lebuh raya negara dalam satu pertemuan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

"Saya harus tegaskan bahawa adalah elok kalau kita hantar mereka (skuad lebuh raya) ke Colorado, Amerika Syarikat bagi memperkuatkan daya kayuhan ketika mendaki. Saya sedang kaji perkara ini secara serius kerana ketika ini Malaysia ketandusan pelumba handal yang boleh menang GC (keseluruhan klasifikasi).

"Kita ada ramai pemecut yang berkualiti seperti Anuar (Manan) dan Mamat (merujuk kepada Mohd. Harrif Salleh). (Mohd.) Zamri (Salleh) juga adalah pemecut yang bagus. Tapi lihatlah kepada barisan pelumba yang kuat ketika mendaki. Saya rasa Malaysia tiada pendaki yang bagus.

"Jadi saya akan berbincang dengan jurulatih lebuh raya yang baru iaitu John Seers untuk mencari tempat yang sesuai bagi menghantar pelumba berlatih di luar negara. Saya nampak elok berlatih di Colorado kerana John Seers pernah berlatih di sana dan beliau mempunyai ramai kenalan di sana.

"Malah John Seers pernah memberitahu saya bahawa rupa bentuk dan keadaan di Colorado sangat sesuai untuk latihan berbukit. Jadi saya akan kemukakan cadangan rasmi kepada persatuan untuk tindakan selanjutnya," katanya di Kuala Lumpur semalam.

Beasley yang turut mengadakan kunjungan rasmi bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Le Tour de Langkawi 2011, Mohamed Salleh di Pusat Akuatik, Bukit Jalil semalam merumuskan bahawa jatuh bangun pasukan Malaysia pada perlumbaan LTdL 2011 bermula 23 Januari tahun depan sangat bergantung kepada pelumba yang kuat mendaki.

"Saya nampak pelumba yang kuat mendaki adalah seperti (Muhammad) Adiq (Hussainie Othman) dan Amir (Mustafa Rusli). Bagaimanapun kita harus segera menambah bilangan pendaki. Cuba lihat dalam disipilin trek. Kita ada ramai pelumba trek yang sangat handal dan bertaraf dunia. Saya mahu perkara ini berlaku dalam pasukan lebuh raya Malaysia," katanya.

Jurulatih kelahiran Australia itu turut mencadangkan penganjur LTdL 2011 iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya mengekalkan mutu penganjuran sebagaimana yang berlaku tahun ini.
"Sepanjang LTdL 2010 saya bertemu ramai pengurus dan jurulatih dari Eropah. Mereka sangat kagum dengan corak penganjuran yang sangat cemerlang khususnya jadual perlumbaan," katanya.
Presiden PKBM, Abu Samah Wahab menegaskan beliau akan segera mengkaji cadangan Beasley itu dan akan memanjangkannya kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamad dan CEO LTdL 2011, Mohamed.


Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...