Skip to main content

Peningkatan Penajaan Petunjuk Industri Sukan Semakin Maju

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penglibatan lebih banyak syarikat swasta dalam penajaan sukan memberi petunjuk bahawa industri sukan negara sedang menuju ke arah perkembangan yang lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata syarikat swasta kini melihat penajaan tersebut bukan lagi sekadar tanggungjawab sosial tetapi sebagai pelaburan pemasaran.

"Mereka (syarikat swasta) meletakkan nama mereka pada acara-acara sukan yang dapat mengembangkan pasaran mereka, perbezaan pendekatan inilah sesuatu yang perlu kita galakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia (KISMAS) 2010 di sini Khamis.

Selain itu, beliau berkata penganjuran kejohanan sukan bertaraf antarabangsa turut membantu perkembangan industri tersebut.

"Penganjuran sesuatu sukan contohnya kejohanan badminton, meskipun kalah, kita mendapat faedah dari satu sudut yang lain iaitu dapat mempopularkan nama negara.

"Atau kejohanan sepak takraw, walaupun kita kalah tapi kita dapat mempromosikan produk kita Gajah Emas (bola takraw)," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian konvensyen itu, Ahmad Shabery menyeru usahawan tempatan supaya segera memasarkan produk berkaitan sukan, khususnya bola sepak takraw, ke peringkat antarabangsa.

"Seperti Indonesia mereka merupakan pengeluar bulu tangkis utama. Jika kita tidak mengambil peluang memasarkan produk kita, tidak mustahil negara besar seperti China pada masa akan datang akan mendominasi pasaran tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga kini dalam usaha menjadikan persatuan-persatuan sukan sebagai badan yang mampu berdiri sendiri dan tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Perancangan jangka masa panjang itu, katanya amat berkait rapat dengan perkembangan industri sukan di negara ini.

Lebih 300 peserta menghadiri konvensyen yang diadakan kali kedua dan antara lain bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat terkini mengenai strategi industri sukan negara selaras dengan Model Baru Ekonomi.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...