Skip to main content

Ragbi tetap ke Guangzhou

KUALA LUMPUR - Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tetap akan menyertai ragbi tujuh sepasukan Sukan Asia Guangzhou, bulan depan biarpun mereka dibelasah Samoa, Papua New Guinea dan Kenya dalam Sukan Komanwel Delhi.

Dengan rombakan pengurusan dilakukan dan pemilihan semula pemain dirancang selepas Kejohanan Cobra 10 Sebelah, KRM percaya nasib skuad negara bakal berubah lebih baik, apabila berdepan Jepun, Hong Kong, Thailand dan Mongolia dalam Kumpulan A di Guangzhou.

Malah, KRM mengambil langkah drastik dengan mengambil alih semula pengurusan skuad tujuh sebelah negara, yang sebelumnya dikendalikan di Sabah, hasil satu keputusan mesyuarat Majlis di sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin.

Presiden KRM, Datuk Wira Amiruddin Embi berkata, mesyuarat itu turut bersetuju melantik Boon Tan, dari kelab Persatuan Ragbi Gabungan Bekas Pemain (Cobra), sebagai pengurus pasukan baru negara, sekali gus menyelia pemilihan pemain menerusi dua kejohanan, tidak lama lagi.

"Ujian pemilihan baru skuad negara akan dilakukan selepas Tujuh Sebelah Borneo iRB di Kota Kinabalu dan Cobra 10'S di Petaling Jaya, tetapi kami masih memerlukan bantuan kewangan dan penajaan untuk ke Sukan Asia," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.


Mengenai sama ada ramai pemain daripada skuad Sukan Komanwel bakal digugurkan, katanya: ''Ia terserah kepada Boon menerusi ujian pemilihan baru itu, tetapi dalam perjumpaan dengan pasukan baru-baru ini, saya dapati semangat mereka tidak terjejas.

"Saya harap pihak lain berlaku adil terhadap skuad negara di Delhi, kerana kita bertemu juara dunia seperti Samoa dan juara Afrika, Kenya. Sukan Asia taraf persaingannya lebih rendah," katanya.

Di Delhi, Malaysia yang dilatih Tomasi Cama dari Fiji, dibelasah juara dunia Samoa 61-0, juara Afrika, Kenya 40-0 dan Papua New Guinea 56-0 di peringkat kumpulan selain dikalahkan Uganda 26-14 dalam suku akhir plate.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...