Prestasi hambar di Sukan Komanwel di New Delhi antara faktor utama
KONTINJEN negara ke Sukan Asia XVI Guangzhou dari 12 hingga 27 November ini mungkin berkurangan daripada jumlah asal apabila beberapa atlit yang sudah mendapat ‘tiket’ beraksi pada temasya itu kemungkinan menarik diri.
ntara faktor mereka mungkin menarik diri susulan prestasi hambar ketika beraksi dalam Sukan Komanwel XIX New Delhi baru-baru ini dan tidak mampu bersaing apabila beraksi pada temasya kedua terbesar dunia itu selepas Sukan Olimpik
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa atlit yang sudah mendapat ‘tiket’ beraksi dalam Sukan Asia belum boleh menarik nafas lega kerana ia boleh ditarik balik sekiranya gagal menyerlah di Sukan Komanwel.
Antara faktor MOM mahu mengkaji semula kelulusan ‘tiket’ yang sudah diberikan berikutan kos mahal yang terpaksa ditanggung iaitu AS$50 (RM155) sehari berbanding penginapan dan makanan percuma di Sukan Komanwel.
Difahamkan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga Chef de Mission (CDM) ke Sukan Asia Datuk Zolkples Embong akan mempengerusikan mesyuarat Selasa ini bagi menentukan jumlah sebenar atlit yang akan bertanding.
Bagaimanapun, Zolkples gagal dihubungi untuk mengulas perkembangan ini.
Berita Harian

Comments
Post a Comment