Skip to main content

Seela lega bertanding di Guangzhou

NORASEELA, pemenang gangsa Doha 2006  tersenarai dalam kontinjen olahraga.
NORASEELA, pemenang gangsa Doha 2006 tersenarai dalam kontinjen olahraga.
Ratu 400m lari berpagar disenarai dalam Kategori B

WALAUPUN gagal melepasi had kelayakan ditetapkan, ratu 400 meter lari berpagar negara Noraseela Khalid mampu menghela nafas lega apabila namanya disahkan tersenarai ke Sukan Asia XVI Guangzhou dari 12 hingga 27 November ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang sedang menghadiri mesyuarat Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC) di Mexico mengesahkan nama pemenang gangsa Doha 2006 itu tersenarai dalam kontinjen olahraga ke temasya berprestij itu.

“Mengapa kita perlu menghalang atlit bertanding sedangkan ramai pegawai termasuk dari negeri yang tidak ada kena mengena turut pergi ke temasya itu,” katanya.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim mengesahkan pihaknya menyenaraikan pelari 30 tahun itu bertanding di bawah Kategori B.

“Begitupun, peluangnya beraksi belum terjamin kerana keputusan hanya akan diputuskan selepas presiden (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan ahli majlis meneliti catatan masanya ketika Kejohanan Terbuka KOAM di Kompleks MSN Bukit Jalil, 30 dan 31 Oktober ini,” katanya.

Selain Noraseela, Karim berkata, pihaknya turut menyenaraikan enam lagi atlit dan dua jurulatih di bawah Kategori B yang memerlukan badan induk itu mengeluarkan antara RM30,000 hingga RM35,000 bagi menampung perbelanjaan mereka.
Sementara itu, Karim berkata, Kejohanan Terbuka KOAM disertai lebih 250 atlit dari 12 negara termasuk atlit Qatar, Jordan, Arab Saudi, Thailand dan Indonesia yang turut bersaing di Guangzhou.

“Ini adalah kejohanan antarabangsa terakhir yang menjadi pemanas badan untuk atlit sebelum bersaing di Guangzhou,” katanya.



B.Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...