KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Skuad berbasikal lebuh raya negara akan menjalani latihan intensif di Colorado, Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat bagi melahirkan pendaki bertaraf dunia, ekoran kegagalan dalam beberapa temasya besar.
Ketua jurulatihnya, John Beasley berkata beliau telah berbincang mengenai hasrat itu dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) serta jurulatih lebuh raya yang baru iaitu John Seers.
"Saya merasakan sesuai berlatih di Colorado kerana John Seers pernah berlatih di sana dan beliau mempunyai ramai kenalan di sana.
"Malah John Seers pernah memberitahu saya bahawa rupa bentuk dan keadaan di Colorado sangat sesuai untuk latihan berbukit. Jadi saya akan kemukakan cadangan rasmi kepada persatuan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari Rabu.
Jurulatih kelahiran Australia itu berkata Malaysia mempunyai ramai pemecut berkualiti seperti Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh dan Mohd Zamri Salleh.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak mempunyai pendaki yang bagus.
"Saya nampak pelumba yang kuat mendaki adalah seperti Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli.
"Cuba lihat dalam disiplin trek. Kita ada ramai pelumba trek yang sangat handal dan bertaraf dunia. Saya mahu perkara ini turut berlaku dalam pasukan berbasikal lebuh raya Malaysia," katanya.
Sementara itu, presiden MNCF Abu Samah Wahab berkata beliau akan mengkaji cadangan Beasley dan membawa perkara tersebut kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Mohid Mohamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi 2011 Mohamed Salleh.
"Ketika ini, persatuan menerima dana daripada KBS untuk menghantar pasukan berbasikal lebuh raya berlatih di Melbourne. Mereka telah menunjukkan peningkatan, walaupun tidak ketara," katanya kepada Bernama hari ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment