Skip to main content

Tembelang terbongkar

BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.
BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.
ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu.
Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.

Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan.
Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama dan kedua sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara.

Lalu timbul persoalan, wajarkah hanya penyokong Malaysia dilabel sebagai pencetus kepada penggunaan laser sedangkan awal-awal lagi penyokong Indonesia sudah ‘mengajar’ bagaimana untuk menyalahgunakan alat berkenaan.

Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.

Laman web Kompas.com umpamanya dihujani dengan komen-komen peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka.

“Positif thinking saja... kalo mahu jujur, saat Indonesia bertemu Malaysia di Senayan, ketika gol kelima dilakar oleh Irfan Bachdim, terlihat jelas di wajah penjaga gol Malaysia ada sinar laser hijau... coba lihat,” demikian komen seorang penyokong Indonesia yang menggunakan nama PekanBaru Tki dalam entri terbaru laman web Kompas.com

Selain itu antara petikan komen lain ialah: “Ha ha... laser jadi kambing hitam, nanti kalau di Senayan kalah lagi kambing hitamnya ada nggak ya?.” Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan kepada pemain Indonesia.

Dengan pelbagai komen yang seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa itu, jelas sekali menunjukkan skuad Indonesia serta penyokong setia mereka tidak perlulah lagi menuding jari lagi ke arah penyokong Malaysia kerana sudah jelas, mereka yang memulakan dulu insiden penggunaan cahaya laser.


H.Metro

Comments

  1. http://aji-pangestu.blogspot.com/2010/12/bukti-kecurangan-bangsa-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. TO INDOGAYSIAL !! SEE AND READ THIS CAREFULLY !

    MINIT KE 60:GOL PERTAMA MELALUI SAFEE SALI...TIADA LANGSUNG LASER..KESILAPAN DEFEND INDOGAYSIAL..MARKUS BODO

    MINIT KE 67:ASHAARI SAMSUDIN BIJAK LEPASKAN REMBATAN MENARIK HASIL HANTARAN NORSHAHRUL..MEMANG TIADA LASER..
    KESILAPAN BODOH DARI DEFEND INDOGAYSIAL

    MINIT KE 71:HASIL HANTARAN MENARIK MAHALI JASULI,BOLA SINGGAH KEPADA SAFEE YANG MENANDUK KEMAS..GOL KE-3..

    THERE ARE NO LASER ISSUE !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...