Skip to main content

Ayabe ungguli pendakian Cameron Highlands


Takeaki Ayabe melepasi garisan penamat untuk menjuarai peringkat keempat Le Tour de Langkawi dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands, semalam. - utusan/Izham Jaafar


CAMERON HIGHLANDS - Pelumba pasukan Aisan Racing Team, Takeaki Ayabe melakukan kejutan pada peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 apabila menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat di Tanah Rata sekali gus membolehkannya menyarung jersi kuning.

Ketika tumpuan diberikan kepada pelumba Amerika Selatan dan Itali, Ayabe mempamerkan kayuhan bertenaga pada 500 meter terakhir apabila mengejar sembilan pelumba yang berada di depannya untuk meraih tempat pertama dengan catatan tiga jam 42 minit 15 saat.

Pelumba veteran, LeTua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor pula menamatkan saingan di tempat kedua manakala Amir Zagari daripada Azad University Cycling Team (IUA) di tempat ketiga.
Keputusan itu membakar semangatnya menjelang perlumbaan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands hari ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka mampu menawan puncak Cameron Highlands, apatah lagi terpaksa 'bertarung' dengan cuaca berhujan selain kabus yang tebal ketika menuju ke garisan penamat.
"Pada jarak 500 meter terakhir, saya berada di kelompok depan yang melibatkan 10 pelumba. Ketika itu, saya hanya fokus dan memecut laju tanpa memikirkan keadaan di sekeliling walaupun keadaan jalan agak licin," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlumbaan, semalam.

Jelasnya, dia cukup gembira dengan kemenangan itu kerana dapat menewaskan pelumba-pelumba lain yang sememangnya cukup terkenal sebagai pakar bukit.


"Saya dan rakan-rakan sepasukan belum merancang sebarang strategi bagi menghadapi misi paling getir, menakluk puncak Genting Highlands esok (hari ini) melibatkan laluan sejauh 124.3 kilometer.
"Saya hanya berharap dapat mengekalkan konsistensi pada perlumbaan esok dan berazam untuk sekali lagi mencipta kejutan ke atas pelumba-pelumba handalan yang lain," kata ketua pasukan Aisan itu.

Ayabe berkata, jika dia dapat menempatkan diri dalam kelompok pelumba di hadapan di Genting Highlands, peluang untuk muncul juara pasti lebih terbuka buatnya saya.

Sementara itu, pelumba pasukan Fernese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini terpaksa menelan hakikat Jersi Kuning yang disarungnya sebelum ini diserahkan kepada Ayabe.

Bagaimanapun, Guardini masih bernasib baik kerana Jersi Biru (Raja Pecut) kekal menjadi miliknya.
"Peringkat keempat bukan sasaran sebenar saya tetapi saya tetap gembira dengan prestasi saya hari ini. Saya akan cuba melakukan yang lebih baik pada saingan di Genting Highlands nanti," kata Guardini yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat ke-94.

Selain Jersi Kuning yang telah bertukar tangan semalam, Jersi Merah (Raja Bukit) dan Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) turut berubah.

Pelumba IUA, Rahim Emami kini pemegang baru Jersi Merah yang sebelum ini menjadi milik pelumba pasukan Skil Shimano Cycling Team, Koen de Kort.

Pelumba sensasi negara, Anuar Manan yang menggalas cabaran pasukan Terengganu ProAsia Cycling (TSG) pula terpaksa menyerahkan Jersi Putih kepada Ayabe.


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...