Skip to main content

Giliran Ayabe rampas jersi kuning LTdL 2011


AYABE mengangkat tangan sebaik melepasi garisan penamat pada peringkat keempat LTdL 2011 di Cameron Highlands semalam.


HENJUTAN pada kira-kira 500 meter menuju ke garisan penamat menjadi 'senjata' pelumba Aisan Racing Team, Takeaki Ayabe pada peringkat keempat Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) semalam.

Semangat tidak mudah berputus asa pelumba Jepun itu membolehkannya muncul pemenang perlumbaan di zon pendakian berstatus Hors dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands sejauh 137.60 kilometer (km).
Ayabe, 20, melakukan kejutan apabila berjaya memintas sembilan pelumba di depannya sebelum melintasi garisan penamat selaku juara dengan catatan masa 3 jam 42 minit 15 saat.


Pelumba sandaran LeTua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor pula menamatkan saingan di tempat kedua manakala Amir Zagari dari Azad University Cycling Team (IUA) menghuni tempat ketiga.
Kejayaan itu pastinya menjadi tonik terbaik buat Ayabe untuk menghadapi satu lagi zon pendakian berprestij pada perlumbaan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands (124.3km) hari ini.

Bagi Ayabe, dia sendiri terkejut kerana berjaya menawan puncak Cameron Highlands terutamanya apabila berdepan cuaca hujan dan kabus tebal.

"Pada jarak 500 meter terakhir, saya berada di kelompok hadapan yang membabitkan 10 pelumba. Ketika itu, saya hanya fokus dan memecut tanpa memikirkan keadaan sekeliling walaupun keadaan jalan licin," kata Ayabe yang turut menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Sementara itu, pelumba pasukan Fernese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini akur dengan kehilangan Jersi Kuning kepada Ayabe.

Bagaimanapun, Guardini masih bernasib baik kerana Jersi Biru (Raja Pecut) masih menjadi miliknya.
"Peringkat keempat bukan sasaran sebenar saya tetapi saya tetap gembira dengan prestasi saya," kata Guardini yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat ke-94.

Pelumba sensasi negara, Anuar Manan yang menggalas cabaran pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pula terpaksa menyerahkan Jersi Putih kepada Ayabe apabila menduduki tempat ke-70.



Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...