Skip to main content

Hafiz bergabung dengan Luluk, Chandra

KUALA LUMPUR – Muhammad Hafiz Hashim amat teruja dengan pengalaman baru yang bakal dirasai apabila memilih untuk beraksi buat kelab Musica Champions dalam saingan Super Liga Badminton Indonesia pada 19-27 Februari ini.

Kelab yang berpangkalan di Kudus itu turut dibintangi pasangan handalan Indonesia, Candra Wijaya dan Luluk Hadiyanto, sekali gus menghadirkan satu pengalaman buat Hafiz untuk bergabung dengan pemain-pemain dari luar Malaysia buat kali pertama.

Menurut Hafiz, 28, kejohanan sembilan hari itu mengambil format Piala Thomas dan Uber di mana setiap perlawanan akan menampilkan wakil - tiga perseorangan dan satu beregu.

Pertandingan berlangsung secara liga dengan juara setiap kumpulan akan berentap pada perlawanan akhir.
Setakat ini, tujuh pasukan sudah mengesahkan penyertaan. Selain Musica Champions, turut bertanding adalah Jaya Raya (Jakarta), Tangkas Alfamart (Jakarta), Djarum (Kudus), Suryanaga (Surabaya), SGS PLN (Bandung) dan Mutiara, juga dari Bandung.

Super Liga yang mula diperkenalkan pada 2007 itu menawarkan hadiah lumayan AS$149,000 (RM455,00) menjadi buruan, malah insentif AS$1,500 (RM4,600) diberikan kepada setiap kelab yang membariskan pemain luar.


Pemain-pemain utama Indonesia, Taufik Hidayat dan Simon Santoso antara bintang tempatan yang bakal menghangatkan liga, manakala kelab PB Djarum Kudus dikatakan sedang berusaha memancing jaguh No. 3 dunia dari Denmark, Peter Hoeg Gade serta perseorangan Korea Selatan, Park Sung Hwan.

“Ia adalah kejohanan liga yang kompetitif dan saya tidak sabar untuk merasai satu pengalaman baru. Harap, percubaan pertama beraksi dalam liga di Indonesia akan memberikan satu keputusan yang baik kepada saya.
“Apa yang paling penting, saya harap kejohanan ini dapat digunakan untuk memberi persiapan terbaik menjelang Seluruh England (8-31 Mac). Biarpun belum mendapat penaja, tetapi saya hampir pasti beraksi di sana,” ujar Hafiz.

Juara All England 2003 itu mengumumkan keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika beraksi pada Terbuka Malaysia minggu lalu dengan harapan penghijrahan tersebut mampu membantunya memulihkan karier yang semakin merudum.

Ketika ini, Hafiz masih berunding dengan beberapa penaja untuk membolehkannya bergerak secara profesional.

Biarpun pernah bernaung di bawah kelab Nusa Mahsuri sebelum menyertai BAM pada Mei, 2008, namun Hafiz berkata, pengalaman beraksi di Nusa dan sekarang sama sekali lagi berbeza.

“Ketika di Nusa Mahsuri, saya sebenarnya beraksi di bawah Majlis Sukan Negara (MSN). Bermakna segala urusan saya untuk keluar negara diuruskan oleh MSN dan saya hanya perlu berlatih dan pergi bertanding tetapi sebagai profesional, saya perlu menguruskan semuanya sendiri, dari urusan hotel, pengangkutan hingga mendaftar diri untuk pertandingan.

“Mungkin, saya boleh meminta tunjuk ajar Wong Choong Hann sedikit sebanyak kerana dia sudah terlebih dulu bergelar profesional. Pengalaman baru ini memang mencabar, tetapi saya sudah bersedia untuk menyahut cabaran dan harap segala pengorbanan yang saya lakukan tidak sia-sia,” kata Hafiz lagi.

Menurut Hafiz, selepas tamat sambutan Tahun Baru Cina, dia akan berbincang dengan Yonex untuk berunding mengenai penajaan, begitupun pengeluar barangan sukan dari Jepun itu bukan satu-satunya penaja berpotensi yang akan membantunya mengharungi karier profesional.

“Ketika ini, saya mahu runding dulu dengan Yonex kerana saya mempunyai tajaan peribadi dengan mereka ketika bersama BAM. Jika mereka mahu menyambung kontrak dengan saya, maka Yonex adalah pilihan saya tetapi jika tidak, saya akan beralih pula kepada penaja lain,” ujar Hafiz.

Hafiz melalui karier yang suram sejak lima tahun lalu.
Kejuaraan antarabangsa terakhir yang berjaya dirangkul pemain tinggi lampai ini adalah Terbuka Filipina 2009.

Justeru, dia melihat keputusan keluar dari BAM sebagai satu penghijrahan untuk memulihkan kariernya.
Selain All England 2003, kejayaan lain yang pernah dicatat pemain No. 22 dunia ini adalah emas Sukan Komanwel 2002, Terbuka Thailand 2005, Terbuka Switzerland 2005 dan Terbuka Belanda 2005.


Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...