Skip to main content

Harus teliti

ISU melarang pemain kebangsaan - yang bakal terbabit dalam misi kelayakan Sukan Olimpik 2012 - beraksi di liga tempatan ‘masih kabur’ tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap melihat perkembangan itu daripada satu sudut positif.

Apa yang mahu dilihat nanti adalah perbincangan yang bakal diadakan dengan Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi maklumat lebih terperinci mengenai pemain daripada skuad mana yang terbabit akan dibawa menjalani latihan di kelab luar.

“Pengurusan skuad kebangsaan seperti skuad senior, Harimau Muda A, Harimau Muda B dan bawah 23 tahun diuruskan berasingan. Oleh itu kita akan lihat bagaimana topik itu nanti,” kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, semalam.
Hujah itu dibangkitkan berikutan kenyataan panas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi cadangan mahu melarang pemain yang bakal digilap ke arah misi kelayakan Olimpik dikecualikan daripada aksi Liga Malaysia, khasnya Liga Super.

Apapun, bagi Annuar yang melihat usaha kerajaan itu ke arah satu kebaikan, dia sekadar merumuskan pendirian FAM dengan berkata: “Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.”

Sementara itu, reaksi daripada beberapa anggota keluarga bola sepak tanah air turut senada dengan beliau yang rata-rata mengalukan cadangan kerajaan untuk mengumpul dan membentuk satu barisan padu yang boleh mengaum menepati status Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata larangan itu bukan saja mampu meningkatkan fokus pemain terbabit untuk menempah tiket ke Olimpik tetapi juga memudahkan mereka dihimpunkan dalam satu skuad serta menjalani latihan yang lebih seragam.
“Selain itu, mereka juga boleh dihantar berlatih serta menyertai kejohanan atau liga lebih berkualiti di luar negara bagi menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman,” katanya diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu, semalam.

Hamidin berkata, larangan untuk pemain terbabit beraksi di liga tempatan tidak menjejaskan skuad Selangor menghadapi saingan Liga Super musim ini kerana semua tujuh pemain yang membantu skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF, baru-baru ini sudah melewati usia untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim turut bersetuju cadangan supaya pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 itu tidak beraksi di liga tempatan bagi membolehkan persiapan lebih rapi untuk skuad kebangsaan menghadapi kelayakan ke temasya itu.

Apapun, beliau berharap sebelum cadangan itu dilaksanakan, pasukan atau kelab yang mempunyai pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan itu haruslah dimaklumkan terlebih dulu supaya persiapan mereka untuk menghadapi saingan liga tempatan tidak terjejas.

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...