Skip to main content

LTdL - Pelumba negara masih lesu

BERAKHIRNYA empat peringkat Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011), pasukan kebangsaan Malaysia belum menampakkan kegarangan mereka pada edisi kali ini.
Tidak seperti satu lagi pasukan yang berpangkalan di negara ini, Terengganu ProAsia Cycling (TSG), skuad kebangsaan dilihat masih terkial-kial mencari rentak bagi menyaingi kehebatan pencabar.

Pada peringkat keempat dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands semalam, kayuhan kesemua enam pelumba negara agak lesu, sekali gus menyaksikan mereka jauh ketinggalan di belakang pasukan lain berdasarkan carta terkini kedudukan keseluruhan.
Selepas empat peringkat, pasukan kebangsaan menghuni tangga ke-22 daripada 23 pasukan yang bertanding pada edisi ke-16 tahun ini. Dalam kategori Asia, Malaysia menduduki tempat kelapan daripada sepuluh pasukan.

Situasi itu menunjukkan barisan pelumba negara belum mampu memukau peminat tempatan sebagaimana yang dijelmakan pelumba TSG yang juga Raja Pecut 2010, Anuar Manan dan pemenang podium peringkat pertama, Mohd Harrif Salleh.


Buktinya, Anuar berjaya muncul naib juara pada perlumbaan peringkat ketiga, kelmarin selepas menduduki tangga ketiga (peringkat kedua), Isnin lalu. Anuar juga boleh berbangga kerana menyarung Jersi Putih sebagai pelumba terbaik Asia selama dua hari berturut-turut.

Sebelum itu, rakan sepasukan Anuar, Mohd Harrif berjaya menamatkan perlumbaan pembuka tirai di Langkawi dengan menyambar tempat ketiga.

Bagaimanapun, tatkala TSG mula mengorak kayuhan bertenaga, skuad kebangsaan pula masih mencari ‘ilham’ terbaik dalam misi melakar kejayaan di hadapan peminat tempatan

Pada perlumbaan peringkat keempat semalam, tiada seorangpun pelumba skuad kebangsaan berjaya menempatkan diri dalam kelompok 50 terbaik, berbanding dua pelumba TSG, Mohd Shahrul Mat Amin (35) dan Mohd Saufi Mat Senan (42).

Muhammad Rauf Nur Misbah muncul pelumba pasukan kebangsaan pertama berjaya melintasi garisan penamat tapi sekadar mampu menduduki tempat ke-56. Sementara Amir Mustafa Rusli menduduki tempat ke-63, Suhardi Hassan (91), Mohd Nur Rizuan Zainal (96), Loh Sea Keong (97) dan Ahmad Fakhrullah Alias (123).

 MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...