Skip to main content

Skuad memanah mahu tebus aib

SYUKUR selepas tidak digugurkan daripada program Road To London, skuad memanah negara kini berazam mahu membuktikan mereka layak disenaraikan dalam kelompok 77 atlet dengan misi utama tahun ini untuk melayakkan diri ke Olimpik.
Kini tugas besar perlu digalas Cheng Chu Sian, Wan Muhamad Khalmizam Wan Abd Aziz, Arif Farhan Ibrahim Putra dan Muhammad Izzudin Abd Rahim untuk menebus aib yang tercalar di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun lalu dengan melepasi kelayakan pertama menerusi Kejohanan Dunia di Itali, Julai ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Abdul Hamid Hasan berkata, biarpun sebelum ini kedudukan mereka dalam program itu tidak menentu tetapi atlet tetap memberi tumpuan untuk layak ke London selepas beraksi di Beijing 2008.
Katanya, meskipun pencapaian pungutan pingat mengecewakan tetapi dari segi kutipan mata, jumlah yang diraih jauh lebih tinggi berbanding di Komanwel dan kekuatan itulah yang mahu dibina skuad memanah sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, atlet yang bertanding bukan senarai asal dalam program Road To London dengan ketiadaan Muhamad Marbawi Sulaiman dan Nazrin Aizat Mat Nasir yang kemudian diganti pemanah muda menyebabkan mereka tercari-cari rentak ketika menentang lawan lebih berpengalaman.

“Ketika ini, mereka bersedia untuk kejohanan di Itali dan jurulatih, Lee Jae-Hyung mengharapkan mereka mampu mencapai prestasi terbaik pada kejohanan itu.


MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...