Skip to main content

Bina Badan Dipertandingkan Buat Kali Pertama Pada Sukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Buat pertama kali selepas 13 edisi Sukan Malaysia dilangsungkan sejak 1986, acara bina badan akan dipertandingkan pada temasya edisi ke-14 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dari 28 Mei hingga 6 Jun ini.

Setiausaha kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) Kamaruzaman Kadir berkata pertandingan acara itu bersama 19 acara pilihan lain disahkan pada Rabu.

"Kemasukan bina badan dalam Sukan Malaysia merupakan pengiktirafan kepada sukan itu. Ketika acara bina badan sering diketepikan dari Sukan SEA dan Sukan Asia, kemunculan acara ini dalam Sukan Malaysia memberi nafas baru kepada pembina badan negara," katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

Kamaruzaman berkata acara bina badan di Sukan Malaysia terbuka kepada pembina badan berusia di bawah 21 tahun dan akan mempertandingkan tiga kategori iaitu bawah 60kg, 60 hingga 70 kg dan 70kg ke atas.

MBBF, katanya akan segera menghantar surat kepada badan gabungannya di negeri-negeri untuk menyediakan atlet bina badan mereka memandangkan temasya itu akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan lagi.

Beliau berkata setiap negeri dibenarkan menghantar enam peserta, maksimum dua peserta bagi setiap kategori.

Berdasarkan penyertaan menggalakkan pada kejohanan bina badan remaja kebangsaan, MBBF merasakan negeri-negeri tidak mempunyai masalah untuk menghantar pembina badan remaja mereka menyertai Sukan Malaysia, katanya.

Bermula tahun ini, Sukan Malaysia akan diadakan setiap tahun, tuan rumahnya berselang seli di antara Majlis Sukan Negara dan negeri-negeri.

MSN akan menganjurkan acara pilihan sementara negeri-negeri mempertandingkan acara wajib.

Selain bina badan, acara sukan pilihan lain ialah ialah besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola tampar pantai, ekuestrian, petanque, golf, judo, kabaddi, kenu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping-pong, ragbi, silambam, snuker & biliard, sofbol, tenis, tinju, bola baling, woodball, akuatik (renang irama dan polo air).

Pahang, tuan rumah Sukan Malaysia edisi ke-15 pada tahun 2012 akan mempertandingkan 24 acara, 19 wajib dan lima acara pilihan.

Sukan wajib ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wushu.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...