Skip to main content

Emas terlepas ke Singapura


DARI kiri, Zulmazran, Siti Safiyah, Zandra dan Adrian menunjukkan pingat yang dimenangi selepas beraksi dalam acara campuran pada Kejuaraan Tenpin Boling Komanwel ke-5 di Sunway Mega Lanes semalam.


SKUAD boling negara terlepas mengutip pingat emas ketiga mereka apabila tewas kepada Singapura dalam acara campuran pada Kejuaraan Tenpin Boling Komanwel ke-5 yang berlangsung di Sunway Mega Lanes semalam.

Skuad negara yang dibarisi Adrian Ang, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Zulmazran Zulkifli hanya berjaya mencatat 5,055 jatuhan pin.

Singapura pula yang menurunkan Shayna Ng, Geraldine Ng, Jason Yeong-Nathan dan Remy Ong beraksi cemerlang pada blok kedua dengan menjatuhkan 2,340 pin, sekali gus menambah jumlah 1,826 pin yang dicatat pada blok pertama untuk memenangi pingat emas.

Sementara itu, skuad India yang dibarisi Prathima Hedge, Akaash Ashok Kumar, Swapna Mitra dan Shabbir Dhankot, mencuri tumpuan apabila memenangi pingat gangsa selepas mengumpul 4,765 jatuhan pin.
Ini merupakan pingat pertama pernah diraih India pada kejohanan ini.

"Kami tetap meraih pingat pada setiap acara meskipun ia bukan emas," kata jurulatih skuad negara, Ben Heng.

Setakat ini, Malaysia telah mengutip dua emas, dua perak dan tiga gangsa.
Selepas menamatkan empat acara, kesemua pemain negara berjaya layak ke acara Masters.


Bagi divisyen lelaki, Adrian dan Zulmazran menduduki dua tempat teratas manakala dalam divisyen wanita, Siti Safiyah Amirah berada di tempat kedua dan Zandra Aziela di tangga kelima.

Adrian mendahului kedudukan dalam acara keseluruhan dengan jumlah jatuhan 5,349 pin manakala Zulmazran mengumpul 5,245 pin.

Dalam kategori wanita, pemain Singapura, Geraldine mendahului dengan jatu- han 5,010 pin manakala Siti Safiyah mengekori rapat dengan ketinggalan 60 pin selepas mencatat 4,950 jatuhan pin.
Zandra Aziela pula hanya mampu mengumpul 4,774 jatuhan pin.

"Saya tidak sabar untuk menyaksikan pemain kita beraksi esok (hari ini) dan acara Masters sehari selepas itu.
"Diharapkan mereka akan mempamerkan satu lagi persembahan yang baik buat Malaysia," kata Ben Heng.
Dua belas pemain terbaik dalam setiap kategori lelaki dan wanita akan layak menyertai acara Masters.

Tiada pingat ditawarkan dalam acara All-Event, namun hadiah berupa plak akan diberikan kepada tiga pemain teratas yang mana tidak akan dikira dalam jumlah pungutan pingat keseluruhan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...