Skip to main content

Menteri arah siasat


AZIZULHASNI mengerang kesakitan selepas betis kirinya ditusuk serpihan kayu pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, London minggu lalu.


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) akan menyiasat punca kemalangan yang menimpa jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang ketika menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, London minggu lalu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana ia membabitkan faktor keselamatan.
"Saya serah kepada pihak persatuan (PKBM) dan pihak UCI untuk membuat siasatan terhadap perkara ini kerana ia lebih kepada keselamatan bagi velodrom itu, sama ada terdapat unsur kecuaian dan kelemahan atau bentuk kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa," kata Shabery di Jasin, Melaka semalam.

Beliau diminta mengulas insiden betis kiri Azizulhasni ditusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter ketika menyertai acara final keirin pada kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, Azizulhasni yang menjadi sandaran meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London, berjaya menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa.
Menyentuh perkembangan terkini Azizulhasni, Shabery berkata, walaupun kecederaan yang dialami memerlukan masa untuk pulih, namun pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu boleh beraksi pada Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda bulan depan jika pakar memberikan 'lampu hijau'.

"Tiada sebab untuk kita menghalang orang yang begitu bersemangat sepertinya untuk terus bertarung," katanya.


Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan me- ngadakan lawatan rasmi ke Australia pada Mac ini dan beliau dijangka menjenguk Azizulhasni di Melbourne yang kini menjalani proses pemulihan.

"Saya percaya lawatan Perdana Menteri akan memberi suntikan baru kepada Azizulhasni kerana ketika dalam kesakitan dan tidak sedarkan diri pada hari kemalangan, apa yang keluar dari mulutnya ialah dia hendak menjadi juara Olimpik dan dia bimbang tidak dapat menyertainya.

"Dia tetap hendak jadi nombor 1 kerana atas nama 'Saya orang Malaysia' dan 'Saya mahu menaikkan nama Malaysia'... inilah semangat Mohd. Azizulhasni Awang," kata Shabery.

Terdahulu, Shabery merasmikan pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chinchin, Jasin serta meluluskan peruntukan RM30,000 untuk kemudahan padang awam sekolah itu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...