Skip to main content

Perlu gerak otot selepas enam minggu - ISN

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada betisnya, tidak boleh berehat terlalu lama bagi mengelakkan otot kakinya kejang.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, berdasarkan laporan awal kecederaan Mohd. Azizulhasni yang diperoleh dari Melbourne, pelumba itu perlukan rehat tiga hingga empat minggu tanpa sebarang latihan ringan.

"Pada minggu keenam hingga kelapan, Azizulhasni perlu menjalani proses mobilisasi, bergerak dalam posisi tertentu, bagi menggerakkan otot-otot kakinya.

"Selepas penilaian proses mobilisasi tersebut, barulah dia boleh menjalani latihan ringan. Jika berehat terlalu lama, otot-otot kakinya akan menjadi ketat," katanya di sini, semalam.

Azizulhasni, pelumba sandaran utama untuk meraih pingat emas pertama Malaysia dari Sukan Olimpik di London pada tahun hadapan, terbabit dengan kemalangan dalam laluannya untuk memenangi pingat gangsa Piala Dunia Klasik di Manchester pada Ahad.

Kemalangan itu menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk pada betis kirinya. Mohd. Azizulhasni kemudian menjalani pembedahan di Hospital Diraja Manchester dan kemudian pulang ke Melbourne.

Dr. Ramlan berkata beliau akan ke Melbourne dalam tempoh terdekat bagi menilai sendiri kecederaan Mohd. Azizulhasni berdasarkan laporan daripada doktor yang merawat pelumba itu dan ketua pasukan ISN bagi pelumba trek negara yang berpangkalan di Melbourne, Kate Wallis.

Dr. Ramlan berkata, ketika ini, beliau hanya mendapat laporan awal daripada Wallis.

"Saya mendapat tahu, selepas diterbangkan dari Manchester menerusi kelas ekonomi kerana Mohd. Azizulhasni tidak dibenarkan membengkokkan lututnya dan mendapat rawatan dari sebuah hospital di Melbourne, pelumba itu diberikan rawatan pesakit luar dan kini berehat di rumahnya," katanya.

Dr. Ramlan berkata, tempoh rehat selama tiga hingga empat minggu itu bagi membolehkan tisu-tisu yang tertusuk serpihan kayu itu sembuh sepenuhnya.

Beliau berkata, selain memantau kecederaan fizikal, pelumba itu juga akan diberikan sokongan psikologi oleh unit ISN di Melbourne bagi membolehkan dia pulih sepenuhnya sebelum kembali menyertai kejohanan kompetitif. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...