Skip to main content

Persembahan tak konsiten

HAJAT Malaysia memanafaatkan kelebihan di tempat sendiri dalam edisi kelima Kejohanan Bowling Komanwel di Sunway Mega Lanes sepanjang minggu lalu berkecai apabila dipintas Singapura dan England untuk pendahulu keseluruhan.

Kejayaan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa boleh dianggap memuaskan dari segi bilangan pingat apatah lagi kesemua wakil negara iaitu Adrian Ang, Zulmazran Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (gambar) tidak pulang tangan kosong.

Begitupun, selepas bermula cemerlang dengan Zulmazran dan Siti Safiyah membawa pulang dua emas dalam acara perseorangan, mereka bagaikan hilang punca untuk mengekalkan momentum dan sebaliknya, pemain Singapura dan England menunjukkan belang sebenar.
“Ia satu pencapaian memuaskan biarpun masih banyak ruang untuk diperbaiki,” kata penolong jurulatih, Ben Heng ketika diminta mengulas pencapaian anak buahnya.

Meskipun Adrian boleh dianggap paling konsisten di kejohanan itu diikuti Zulmazran, atlet wanita pula gagal meningkatkan tahap permainan dan hakikat itu turut diakui Ben Heng yang mahukan atlet wanita diberikan lebih tumpuan selepas ini.

Atlet negara dilihat mengambil masa mengukuhkan rentak permainan selain menanti hingga ke game terakhir untuk mencetuskan kejutan.

Beralih kepada soal penganjuran, masih ada yang perlu diperbaiki meskipun Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) selaku tuan rumah sudah melakukan yang terbaik sebagai penganjur kejohanan, memandangkan hanya 13 daripada 71 negara Komanwel menyertainya.

Kejohanan diilhamkan Persekutuan Tenpin Bowling Komanwel (CTBF) selepas satu-satunya penyertaan bowling di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dilihat belum cukup kuat untuk menarik perhatian negara Komanwel lain.
Dengan status sukan itu yang kini dinaikkan ke kategori dua dan berpeluang menyertai kembali Sukan Komanwel 2018, edisi berikutnya diharap mampu meraih perhatian negara Komanwel untuk memeriahkan sukan yang kini sudah menjadi keluarga Sukan Sea dan Sukan Asia.

Sama ada Gold Coast, Australia dan Hambantota, Sri Lanka terpilih sebagai tuan rumah pada edisi 2018 November ini, siapa tahu penyenaraian bowling ke Sukan Komanwel mampu menjadi batu loncatan untuk berada dalam senarai Sukan Olimpik pula.



H.MEtro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...