Skip to main content

Tat Meng beralih ke Indonesia


Wong Tat Meng (kiri) mencari pengalaman baru di Indonesia dengan bekerjasama dengan Li Mao yang kini menjadi ketua jurulatih skuad negara itu.


KUALA LUMPUR – Jika penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali menjadi pemain bola sepak pertama Malaysia beraksi dalam liga Indonesia, jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng pula menjadi jurulatih pertama negara ini yang akan menyertai skuad kebangsaan negara itu.

Selepas lapan tahun menabur bakti bersama skuad kebangsaan, Tat Meng yang sentiasa dikenang sebagai jurulatih yang berjaya menaikkan ratu badminton negara, Wong Mew Choo dan menjulangnya menjuarai Terbuka China 2007, akhirnya memilih untuk mencari pengalaman baru di luar negara.

Bekas jurulatih perseorangan Malaysia, Li Mao yang kini bertindak sebagai ketua jurulatih perseorangan Indonesia merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Tat Meng ke negara itu, kerana percaya dengan kemampuannya selama beberapa tahun menjadi pembantunya di negara ini.

Bagi Tat Meng, peluang menjadi jurulatih Indonesia sesuatu yang sukar ditolak, bukan kerana tawaran lumayan yang diterima tetapi pengalaman bekerjasama dengan sebuah negara gergasi badminton.
Dengan pemergian Tat Meng, Mew Choo kini perlu segera mencari penggendali baru dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2012.

“Ketika menerima tawaran PBSI (Persatuan Badminton Indonesia) sekitar awal tahun ini, saya tidak langsung memikirkan tentang wang, sebaliknya peluang menjadi jurulatih di Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan sejarah kegemilangan badminton. Ia tawaran yang sukar ditolak.

“Ini peluang terbaik saya untuk menimba pengalaman di luar negara dan meningkatkan kemahiran kejurulatihan, Li Mao seorang jurulatih yang hebat dan saya gembira dapat meneruskan kerjasama dengannya.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa saya langsung tidak mempunyai masalah dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), malah amat terhutang budi kepada mereka kerana memberi saya peluang menjadi jurulatih kebangsaan, tanpa mereka saya tidak berada di tahap sekarang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) atas segala sokongan yang mereka berikan kepada saya selama ini,’’ kata Tat Meng.

Tat Meng, yang akan menyambut ulang tahun ke-44 pada 8 Mac ini turut menegaskan, beliau meninggalkan skuad wanita kebangsaan dengan hati yang lega kerana berjaya menaikkan standard beberapa pemain muda seperti Lydia Cheah, Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru.

Ketika ditanya apakah beliau tidak berat hati untuk meninggalkan Mew Choo, yang kini sedang mengharungi tempoh penting untuk melayakkan diri ke Temasya London 2012, Tat Meng berkata: “Saya yakin BAM ada perancangan untuknya, mereka adalah badan yang sentiasa mengutamakan pemain dan mereka pasti ada rancangan yang bagus.

“Saya tidak pernah bimbang apabila meninggalkan Mew Choo dan pemain-pemain lain, kerana Malaysia mempunyai ramai lagi jurulatih perseorangan yang bagus dan mampu menggantikan tempat saya, mereka ini pasti dapat meneruskan usaha saya selama ini.”



Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...