Skip to main content

Ada perkara positif di sebalik kegagalan


AZIZULHASNI tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trek Dunia 2011 di Belanda ekoran kecederaan di betis kiri.


BUAT kali pertama dalam masa tiga tahun, Malaysia gagal membawa pulang sebarang kilauan pingat pada Kejohanan Trek Dunia 2011 yang telah melabuhkan tirainya di Apeldoorn, Belanda kelmarin.
Ketiadaan jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang cedera di betis kirinya ekoran tertusuk serpihan kayu velo- drom ketika beraksi pada Piala Dunia Klasik di Manchester awal bulan lalu, jelas sekali dirasai barisan pelumba negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin, Muhd. Edrus Yunos, Muhd. Arfy Qhairant Amran dan Fatehah Mustapa.

Situasi itu seperti menunjukkan bahawa hanya Azizulhasni sahaja yang menjadi sandaran Malaysia untuk menyerlah di pentas antarabangsa, selain pelumba dari Dungun ini juga diletakkan harapan memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad mengakui akan hakikat itu, namun beliau menegaskan, masih ada perkara positif yang boleh diambil daripada penyertaan pelumba negara di Belanda.
"Contohnya kita melihat peningka- tan Fatehah yang menduduki tempat kelim
a dalam acara kei- rin wanita," kata Naim kepada Kosmo! semalam.


Periksakan lokasi-lokasi perumahan Greater KL untuk PERCUMA.

"Pencapaiannya pada aksi final menunjukkan bahawa dia adalah pelumba kelima terbaik di dunia buat masa ini, malah dia juga berjaya mengutip mata yang banyak bagi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.
"Begitu juga dengan pendedahan yang kita beri kepada pelumba muda, Arfy yang mana ia sangat penting dalam proses menimba pengalaman di peringkat tertinggi ketika dia masih lagi muda dan hanya layak bertanding di peringkat junior sahaja."

Menurut Naim, kegagalan pelumba negara menyerlah adalah berpunca daripada keletihan kerana menyertai banyak kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun lepas.
"Pelumba kita seperti keletihan kerana menyertai banyak kejohanan besar tahun lepas, malah temasya yang tidak perlu kita sertai juga (Sukan Komanwel), kita tetap hantar mereka sedangkan Chris Hoy, Shane Perkins dan Scott Sunderland pun tidak menyertainya," jelas Naim.

Justeru beliau menambah: "Selepas ini kita akan mengadakan satu program pencarian bakat baru dalam usaha membentuk pelumba pelapis bagi Sukan Olimpik 2016.
"Azizulhasni dan Fatehah telah pun layak ke Sukan Olimpik 2012, jadi kita mahu lebih ramai lagi pelumba yang mampu bersaing di temasya terbesar dunia itu nanti.

"Pelumba lain ada masa lebih 16 bulan untuk mengumpul mata ke London, termasuk trio pecut kita yang akan menyertai banyak lagi kejohanan sebelum pusingan kelayakan ditentukan tahun depan."
Pada Kejuaraan Dunia 2009 di Poland, Malaysia mencatat sejarah memenangi pingat buat kali pertama menerusi Rizal (gangsa acara 1 kilometer ujian masa) dan Azizulhasni (perak - pecut individu).
Edisi tahun lepas di Denmark pula menyaksikan satu pingat perak dikutip menerusi Azizulhasni dalam acara keirin.


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...