Skip to main content

Chong Wei diramal temu Lin Dan

Lin Dan (kiri) dan Chong Wei.
Lin Dan (kiri) dan Chong Wei.
Buru kemasyhuran di pentas final pingat emas Olimpik 2012 di London

WALAUPUN Sukan Olimpik 2012 berbaki 16 bulan lagi tetapi dua musuh tradisi - Lee Chong Wei dan Lin Dan - dijangka bertembung sekali lagi di final pentas temasya terulung dunia itu untuk memburu kemasyhuran memenangi pingat emas.
Ramalan itu disuarakan jurulatih jaguh nombor satu dunia itu, Tey Seu Bock berdasarkan prestasi semasa yang menyaksikan kedua-duanya masih berada dalam kelas tersendiri dan sukar ditandingi pemain lain.
“Walaupun temasya berprestij itu lama lagi, tetapi saya percaya Chong Wei dan Lin Dan masih kekal selaku pemain pilihan memenangi emas yang dipertandingkan dalam acara perseorangan lelaki,” katanya semalam.

Seu Bock berkata, apa yang perlu dilakukan kedua-duanya adalah mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan kecederaan yang boleh meranapkan impian mereka untuk mengulangi pertembungan impian final 2008 yang menyaksikan ‘Super Dan’ meraih emas di gelanggang sendiri.

“Sekiranya kedua-duanya ditakdirkan bertemu sekali lagi, ia pasti akan menjadi pentas berbeza dengan gelanggang berkecuali menjadi saksi dan hanya prestasi pada hari pertandingan bakal menjadi pemisah kepada kedua-dua pemain,” katanya.

Begitupun, Seu Bock tidak menafikan faktor usia Chong Wei yang akan mencecah 30 tahun dan Lin Dan, 29, pada temasya berprestij itu mungkin menjadi satu-satunya faktor yang boleh menjejaskan peluang mereka.
“Sukan Olimpik adalah pentas tertinggi yang mempunyai tekanan tinggi dan sering menyaksikan kejutan. Jadi, kita perlu memantau perkembangan dan peningkatan pemain muda lain, apalagi, masa masih jauh dan segala-galanya serba kemungkinan,” katanya.



Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...