Skip to main content

Fatehah pungut mata kelayakan Olimpik


Pelumba negara, Fatehah Mustapa berjaya mencuri mata kelayakan Olimpik 2012 apabila menduduki tempat ke-10 dalam acara 500m ujian masa pada Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda semalam.

KUALA LUMPUR - Kejutan yang diharapkan pada Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda belum menjadi, malah pelumba negara yang menyertai acara pecut berpasukan, 500 meter ujian masa wanita dan perlumbaan scratch sekadar melengkapkan jadual semalam.


Trio negara, Josiah Ng, Edrus Yunos dan Rizal Tisin terlebih membuka tirai perlumbaan untuk kem Malaysia, namun mereka sekadar menduduki tempat ke-15 daripada 18 pasukan dalam saingan akhir dengan melakukan catatan 46.470 saat.

Pelumba tunggal wanita, Fatehah Mustapa pula mempamerkan persembahan sedikit membanggakan apabila memungut mata kelayakan Sukan Olimpik dalam acara 500m ujian masa selepas menduduki tempat ke-10 (36.458s).

Malang buat pelumba remaja negara, Muhd. Arfy Qhairant Amran kerana gagal menghabiskan perlumbaan scratch dalam penampilan pertamanya pada Kejohanan Trek Dunia.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Fatehah kerana menepati sasaran yang ditetapkan, walaupun sedikit mendukacitakan apabila skuad pecut berpasukan sekadar menduduki tempat ke-15 daripada 18 pasukan dalam saingan akhir.

"Bagi memperoleh mata kelayakan Sukan Olimpik mereka perlu menduduki tempat 10 terbaik namun kita gagal dalam pecut berpasukan, cuma Fatehah sahaja yang memperoleh mata tersebut selepas meraih tempat ke-10," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.


Jelasnya, walaupun Fatehah berjaya meraih mata tetapi kayuhannya tidak berapa mantap kerana pelumba kelahiran Terengganu itu pernah melakukan masa yang lebih baik dengan kayuhan 50 kilometer sejam berbanding 49km sejam, semalam.

"Pasukan pecut boleh saya klasifikasi sebagai kurang bernasib baik kerana basikal milik pelumba veteran, Josiah mengalami sedikit masalah, seterusnya menghalang mereka untuk mencatat masa yang baik walaupun Rizal dan Edrus sudah memberikan kayuhan mantap.

"Saya juga berasa tidak terkejut dengan prestasi Arfy kerana dia masih kurang pengalaman berbanding pelumba lain yang sudah masuk peringkat senior, sekurang-kurangnya dia belajar daripada kesilapan kali ini," katanya.

Sementara itu, Edrus berkata, dia telah mencuba sebaik mungkin bagaimanapun hanya itu yang mampu diberikannya walaupun tidak berdepan dengan sebarang masalah dalam perlumbaan pecut berpasukan itu.
"Mungkin saya belum mencapai persefahaman yang mantap dengan Josiah dan Rizal, namun saya yakin masih ada ruang buat kami untuk memperkemaskan rentak kayuhan dan mencapai sasaran untuk melakukan kayuhan bawah 46 saat," katanya.

Bagi Fatehah pula, dia mengakui sudah mencuba yang terbaik tetapi tetap berpuas hati dengan prestasi kayuhannya dan bersedia untuk memberi tumpuan bagi acara lain pula.

"Fokus saya sekarang ini adalah untuk perlumbaan scratch dan keirin, sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik berbanding semalam, terutama sekali dalam acara kegemaran saya, keirin," kata pelumba yang disenaraikan dalam Program Road To London 2012 itu.

Saingan pelumba negara akan diteruskan awal pagi ini apabila Edrus turun dalam acara pecut 200m bersama dengan pelumba muda Arfy.

Utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...