Skip to main content

Harimau Malaya sedia mengaum


RAJAGOBAL sudah pasti mahu merencana strategi paling ampuh bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2014.


ANDAI dinilai daripada corak permainan kemas dan cantik ketika menentang Etoile FC malam kelmarin, skuad bola sepak kebangsaan dianggap sudah bersedia untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2014.

Namun persediaan rapi hanya akan dibuat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal setelah mengetahui lawan yang bakal ditentang Malaysia pada aksi timbal balik pusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan itu pada majlis undian Rabu ini.

Malaysia yang diletakkan antara 16 pasukan ranking terendah di Asia boleh diundi bertemu Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos.

"Saya mula-mula terkejut dengan kedudukan ranking yang ditetapkan untuk pusingan kelayakan ini kerana jika mengikut ranking semasa, Malaysia berada lebih atas dan sepatutnya mendapat bye.

"Tetapi saya ambil positif untuk pusingan pertama ini kerana kita akan mendapat lebih perlawanan dan lebih bersedia bagi menghadapi pusingan kedua (23 dan 28 Julai)," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.


Pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura itu, skuad kebangsaan berjaya mengikat Etoile, kelab dari Perancis 1-1 hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani yang akhirnya menamatkan kemarau gol.

Bagaimanapun, jadual padat Liga Super dengan sembilan perlawanan sepanjang April dan lima perlawanan sepanjang Mei hanya memberi ruang untuk skuad kebangsaan dijangka kembali berkumpul bermula 25 Mei depan.

Cuma apa yang menggembirakan Rajagobal, beberapa pemain baru skuad Harimau Malaya yang diberi peluang turun beraksi malam kelmarin telah menunjukkan aksi membanggakan.

"Saya cukup tertarik dengan Azidan Sarudin yang masuk menggantikan Amar Rohidan. Dia beraksi cukup baik. Begitu juga dengan Aidil Zafuan Radzak yang berusaha keras setelah kembali bersama.

"Rizal Fahmi Rosid yang masuk menggantikan Aidil juga saya lihat cukup tenang. Manakala Shahrizal Saad tampak berani di bahagian serangan. Ini semua memberi saya lebih banyak pilihan," jelas Rajagobal.

Pada aksi malam kelmarin, Rajagobal telah melakukan 10 pertukaran sepanjang babak kedua dengan hanya dua pemain tidak diturunkan iaitu Izzaq Faris Ramlan dan K. Gurusamy manakala Etoile hanya membuat empat pertukaran pemain.


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...