Skip to main content

Hasli Izwan gagal layak awal Olimpik 2012

KUALA LUMPUR - Sekalipun memperbaiki catatannya berbanding peringkat satu, harapan penembak negara Hasli Izwan Amir Hassan (gambar) untuk layak lebih awal ke Olimpik 2012 tidak kesampaian apabila hanya mampu mengakhiri saingan acara Rapid Fire Pistol di tempat ke-13 pada kejohanan Menembak Piala Dunia di Sydney, Australia semalam.

Memulakan peringkat kedua pada ranking ke-10 semalam, dia masih ada harapan untuk layak seandainya berjaya melonjakkan diri ke tiga tempat teratas.
Malangnya, bidikan kurang menyerlah iaitu hanya 95 mata pada pusingan pertama menjadi penyebab kegagalannya.

Meskipun bangkit memperbaiki catatan 97 dan 98 pada pusingan kedua dan ketiga untuk mengumpul 290, menjadikan mata terkumpul keseluruhan 579 (dicampur dengan 289 kelmarin).
Namun ia tidak memadai untuk menempatkan selaku enam penembak terbaik.

Enam penembak terbaik layak ke akhir bagi menentukan kedudukan satu, dua dan tiga.
Penembak Republik Czech, Martin Podhrasky Martin muncul juara acara tersebut, diikuti naib juara Viatcheslav Kalioujnyi dari Rusia, tempat ketiga jatuh kepada juara dunia lima kali dari Jerman, Ralf Schumann.

Seorang lagi penembak negara iaitu Hafiz Adzha turut menjunam dari kedudukan ke-22 ke ke-31 selepas dikecewakan sekali lagi dengan bidikan hambar pada pusingan ketiga.
Dia mencatatkan kombinasi mata 96-95-86 dan mengutip 561 mata keseluruhan.

Piala Dunia siri kedua yang berlangsung di Pusat Menembak Antarabangsa Sydney hanya akan menutup tirai esok tetapi baki acara tidak melibatkan wakil negara.
Ini bermakna, sembilan penembak negara yang bertanding kempunan menempah slot awal ke Olimpik London tahun depan.

Namun mereka tidak perlu gusar kerana akan menyertai dua lagi pusingan iaitu di Changwon, Korea Selatan (ketiga, 11-19 April) dan Munich, Jerman (keenam, 16-23 Jun).
Peluang terakhir untuk layak secara merit adalah menerusi Kejohanan Menembak Asia di Doha, Qatar 11-22 Januari tahun depan.



Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...