Skip to main content

Satu emas Olimpik sudah cukup membanggakan

KUALA LUMPUR - Jangkauan empat pingat emas pada Olimpik 2012 merupakan motivasi terbaik buat atlet untuk beraksi cemerlang pada temasya sukan di London itu.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, berkata, dengan meletakkan jangkauan empat emas, sudah pasti semua atlet negara yang layak ke kejohanan berprestij itu akan berusaha sehingga ke tahap maksimum untuk merealisasikan impian tersebut.

Walaupun Kok Chi mengakui 'jangkauan empat emas' sukar untuk dicapai, namun dengan motivasi sedemikian sekurang-kurangnya satu emas mampu diraih skuad negara.

"Sekali pun kita hanya meraih satu emas daripada empat emas yang dikatakan 'dalam jangkauan', ia amat baik kerana kita belum pernah memperoleh emas pada Sukan Olimpik.

"Namun mungkin kejutan dapat dilakukan oleh atlet kita pada kejohanan tersebut jika tidak masalah yang mengganggu tumpuan mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkeras mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa empat pingat emas dalam jangkauan atlet negara pada Olimpik 2012.

Sandaran diletakkan kepada pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, beregu Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong, penerjun wanita, Pandelela Rinong dan jaguh berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

Sementara itu, Kok Chi berkata, empat atlet yang diletakkan sebagai sandaran itu diyakini mampu memberikan persembahan terbaik pada Olimpik tahun depan berikutan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang tahun lalu.

"Prestasi empat atlet ini berada pada tahap terbaik dan saya harap mereka dapat meneruskan kecemerlangan untuk menggalas tugas pada Sukan Olimpik.

"Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk Program Road to London 2012 mencukupi dan berjalan dengan baik.

"Jadi sudah tentu mereka ini berupaya menghadiahkan emas buat negara,'' jelas Kok Chi.



Utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...