Skip to main content

Sedia terima apa jua keputusan Misbun 1 April ini - Razali

MUAR - Apa jua keputusan yang akan dibuat oleh bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek berhubung kedudukannya di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 April ini perlu dihormati dan diterima baik oleh semua pihak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, polemik yang berlaku tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan kerana ia hanya menjejaskan persiapan negara untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 menerusi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

"Kita tidak mahu sebarang tekanan diberikan dalam tempoh seminggu ini, biarlah Datuk Misbun sendiri yang buat keputusan.

"Apa jua perkara yang diputuskan oleh beliau akan kita hormati dan akan kita terima.
"Kita berharap isu ini akan selesai dan selepas 1 April ini, kita akan dapat melihat ke hadapan dan buat perancangan di atas keputusan yang telah dibuat," katanya selepas Majlis Meraikan Pelajar-Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat Parlimen Muar di Parit Raja, semalam.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember lalu dan sikap membisu beliau itu menyaksikan kemelut yang berlarutan hampir tiga bulan belum menemui titik penyelesaian.

Razali berharap tiada pihak yang akan mengungkit keputusan yang dibuat oleh Misbun kelak, kerana ia akan hanya menyukarkan lagi persiapan, mental serta latihan kepada Chong Wei untuk mengekalkan prestasi terbaiknya.

"Isu ini sangat rumit tapi kita dapat buat pertemuan dan perbincangan dengan Kementerian sebagai koordinator antara BAM dengan pihak Misbun, bagaimanapun, perkara ini tidak boleh terlalu lama sehingga menjadi polemik," katanya lagi.

Ujar beliau, negara sememangnya meletakkan sasaran untuk meraih emas pertama pada Sukan Olimpik menerusi Chong Wei selain daripada jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang serta atlet terjun negara, Pandelela Rinong.


 Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...