Skip to main content

Shabery pertahan empat emas 2012

KUALA LUMPUR – Biarlah ejekan, gurauan mahupun tohmahan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) tetap berkeras mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa empat pingat emas dalam jangkauan atlet negara pada Sukan Olimpik 2012 London.

Jelas Shabery, beliau tetap yakin dengan kemampuan atlet negara yang berada dalam Program Road To London 2012, terutamanya atlet harapan yang disebut-sebut mampu meraih pingat emas semasa Pelancaran Detik 500 Hari Program Road To London minggu lepas.

“Saya yakin dengan kemampuan mereka, seperti yang saya katakan sebelum ini. Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berada dalam jangkauan untuk memenangi pingat emas Olimpik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Mines Event Management di sini, semalam.

Jelasnya, selain Chong Wei, empat lagi atlet lain berada di landasan terbaik untuk diletakkan harapan memenangi pingat emas termasuk gandingan beregu Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong, penerjun wanita, Pandelela Rinong dan jaguh berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

“Mereka ini berada dalam jangkauan untuk memenangi pingat emas Olimpik pertama negara, misalnya Chong Wei yang telah mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir All England, baru-baru ini.
“Kita mengharapkan dia terus mempamerkan aksi yang konsisten sehingga tahun depan, kecuali jika dia mengalami demam ataupun kecederaan begitu juga dengan pasangan beregu, Koo dan Tan, serta Azizulhasni,” ujarnya.

Shabery berkata, Pandelela telah mempamerkan rentak konsisten selepas memenangi pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow, Ahad lalu.

“Jadi semua ini tidak mustahil untuk ditukarkan kepada pingat emas. Kita juga tidak menjangkakan Rashid Sidek akan memenangi pingat tetapi dia berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 1996 Atlanta, diikuti pingat perak oleh Chong Wei di Beijing 2008.

“Sekarang adalah masanya untuk kita mengharapkan pingat emas pula, begitu juga dalam sukan lain selain daripada badminton,” katanya.

Dalam pada itu Shabery mengharapkan Ekspo Golf dan Dagangan Sukan Malaysia (MSTGE) 2011 terus mendapat tumpuan dan penganjuran buat kali kedua ini bakal memberi peluang bukan sahaja kepada pembeli tetapi penjual dalam memperkenalkan barangan mereka.



Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...