KUALA LUMPUR — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyerahkan 17 gelanggang futsal di Lembah Klang kepada persatuan yang berkenaan sebelum 15 Mei ini, kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Jadi sebelum proses penyerahan dilakukan KBS akan memastikan kesemua gelanggang berkenaan dalam keadaan sempurna dan mempunyai bekalan elektrik dan air serta bebas daripada masalah vandalisme,” katanya ketika menjawab pertanyaan dalam program Borak-Borak Belia kawasan Titiwangsa, di sini, hari ini. —Bernama
Comments
Post a Comment