Skip to main content

'Saya tidak ragui Shahidan'

KETUA Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menjelaskan bahawa beliau bukannya meragui kredibiliti Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu pembayaran elaun kepada atlet oleh badan olahraga negara itu.

Sebaliknya Zolkples berkata, beliau hanya tidak mempercayai ‘orang-orang bawahan’ Shahidan dalam menguruskan wang elaun tersebut sekiranya MSN memberi hak kepada mereka melakukannya.
Alasannya ialah semua perancangan yang dibuat oleh KOAM selama ini adalah tidak selari dengan apa yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja (JKK) Bersama MSN KOAM.

MSN tidak akan memberi peranan tersebut (pembayaran elaun atlet) kepada KOAM, tidak sesekali,” kata Zolkples ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Telekom Malaysia Berhad, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia sempena Pelancaran ‘Team Malaysia’ di Kuala Lumpur semalam.

“Bukan kerana tidak percaya terhadap kredibiliti presiden mereka (Shahidan Kassim), sebaliknya cukuplah apa yang telah kami tahu selama ini.

“Sebenarnya, semua masalah ini timbul kerana orang lain yang buat perancangan (JKK), tetapi orang lain pula yang buat keputusan. Ada sesuatu yang tidak kena di situ,” katanya lagi.

Zolkples turut hairan dengan sikap KOAM yang selalu menimbulkan isu satu persatu dengan MSN daripada lebih memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan prestasi atlet dan menghadiahkan kejayaan kepada Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, jelas Zolkples, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan MSN, tetap berjaya menghasilkan atlet yang berwibawa serta mencatat beberapa kejayaan pada peringkat antarabangsa.

“Saya tidak faham mengapa KOAM seperti mencari masalah dengan MSN selama ini, persatuan sukan lain tidak pula ada banyak masalah dengan MSN.
“Seperti ASUM contohnya, MSN tiada masalah dengan mereka dan presidennya yang juga diketuai oleh Shahidan tetapi mereka tetap berjaya menghasilkan beberapa atlet yang bagus dan mencatat pencapaian yang agak memberangsangkan,” jelasnya lagi.

Isu pembayaran elaun kepada atlet olahraga ini timbul selepas Shahidan menjelaskan bahawa KOAM bercadang untuk meminta MSN memberi tanggungjawab tersebut kepada mereka.

Namun Zolkples menolak cadangan tersebut dengan alasan tidak lagi mempercayai KOAM setelah difahamkan bahawa badan olahraga negara itu gagal membeli peralatan yang sepatutnya selepas menerima peruntukan RM280,000 pada tahun 2007.

“Malah ada sesetengah persatuan negeri mengadu bahawa mereka tidak mendapat bahagian peruntukan tersebut daripada KOAM, jadi ke mana duit itu hilang?” kata Zolkples.
Mengenai isu latihan atlet negara di Kompleks Sukan Ranau bagi persiapan Sukan SEA 2011, Zolkples berkata:

“KOAM sepatutnya ikut nasihat Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) kerana mereka lebih tahu mengenai kompleks latihan itu sendiri.

“Pengurus besar LSNS, Mahmood Kalong sendiri menyatakan trek di situ tidak sesuai untuk atlet negara berlatih kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada atlet itu sendiri.”



Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...