Skip to main content

Teka-teki Shahidan

DATUK Seri Shahidan Kassim masih berteka-teki sama ada mahu merebut jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dipertandingkan bagi penggal baru 2011-2013 pada 18 Jun ini yang dijalankan serentak sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) majlis itu.

Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) itu menjelaskan masih terlalu awal untuk menyatakan pendiriannya dan membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Borang pencalonanpun belum diedarkan. Pendirian saya akan diketahui apabila tiba masanya nanti,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media kelmarin.
Menurutnya, dunia yang kini terbuka memerlukan perubahan termasuk juga dalam bidang sukan namun jika tiada pertukaran dari segi kepimpinan mungkin sesetengah sikap yang perlu diubah.

Sekiranya berhasrat untuk bertanding kali ini, bekas Menteri Besar Perlis itu bakal berdepan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang sudah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan disandangnya sejak 1999 selepas menewaskan penyandang pada ketika itu, Tan Sri Hamzah Abu Samah.

Shahidan sebelum ini sudah dua kali menarik diri untuk mencabar Tan Sri Tunku Imran di mana pada penggal 2009-2011, tindakan itu diambil sehari sebelum berlangsungnya AGM dengan alasan ingin menjaga perpaduan di kalangan ahli gabungan.

Semua 12 jawatan utama MOM seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha kehormat dipertandingkan bagi menggantikan mereka yang dipilih untuk penggal 2009-2011 yang berakhir Jun ini dengan kertas pencalonan akan dikeluarkan bulan depan.

Menurut perlembagaan MOM, 35 persatuan sukan kebangsaan yang menjadi anggota gabungan akan mencalonkan tiga wakil bagi mengundi pada pemilihan itu, menjadikan bilangan maksimum yang layak mengundi ialah 105 orang namun penyandang jawatan tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Selain Tan Sri Tunku Imran, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi juga menyatakan hasrat mempertahankan jawatan disandangnya sejak 1992 manakala Tan Sri Dr M Jegathesan memutuskan tidak mahu mempertahankan jawatan timbalan presiden.




Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...