Skip to main content

‘Usah besarkan isu elaun atlet’


Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim meminta agar cadangan pihaknya bertanggungjawab membayar elaun kepada atlet tidak dijadikan isu.
Shahidan berkata, keputusan ahli Majlis KOAM untuk membayar sendiri elaun atlet mereka dibuat pada mesyuarat sebelah pagi iaitu sebelum cadangan itu diajukan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN-KOAM.

Zolkples dalam sebuah akhbar berkata, KOAM tidak boleh dipercayai terutamanya selepas persatuan itu gagal membeli peralatan sepatutnya biarpun sudah menerima peruntukan RM280,000 pada akhir 2007.
“Semua sudah selesai, semua bayaran atlet dan lain-lain akan dibuat secepat mungkin.” Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau menerima atau tidak keputusan MSN yang enggan memberi peruntukan untuk KOAM membayar sendiri elaun atlet, Shahidan nampaknya cuba mengelak daripada memberi jawapan tepat.

“Kita hanya mencadangkan, kalau tidak diterima sudahlah. Jangan jadikan perkara ini sebagai isu pula. Kita kena ingat pegawai kerajaan ada kuasa mutlak yang tidak boleh dicabar lagi, oleh itu kita perlu ikut kehendak pegawai kerajaan. “Keputusan pegawai kerajaan, bukan kerajaan, kita perlu ikut kerana kita hanya persatuan sukarela,” kata Shahidan mengulas kenyataan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang tidak percaya dengan kredibiliti KOAM jika membabitkan wang.

“Kita ikut saja, tak mahu melawan lagi. Dalam JKK kelmarin sudah bincang, kes lambat bayar itu disebabkan kontrak sudah habis, sekarang nak masuk kontrak baru. Lain-lain itu kita akan selesaikan. Bagi saya isu begini tidak perlu dibincangkan secara terbuka sedangkan prestasi atlet tidak ke mana pun. Atlet dan jurulatih adalah keutamaan kami untuk menjadi yang terbaik kerana polemik berpanjangan tidak akan menyelesaikan masalah.” Beliau juga menganggap isu latihan di Ranau sebagai selesai.

“Ranau bukan isu lagi, ia hanya cadangan untuk membolehkan atlet kita capai kecemerlangan tapi kalau pergi Ranau boleh patah kaki tak payah pergilah, keputusan ini dibuat oleh Majlis, bukan perseorangan. “Kalau ke Ranau menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit tak perlu pergi tapi kalau ke sana akan mengurangkan lagi kos kerajaan dan meningkatkan lagi prestasi atlet itu memang bagus, kita tak perlu ke luar negara,” kata Shahidan bagi menolak sama sekali kesilapan perancangan KOAM, apatah lagi ketika kemudahan di Kompleks Sukan Ranau yang belum bersedia.

“Perlu diingat, nak menjalani latihan di Bukit Jalil selalu ada gangguan kerana terlalu ramai orang. “Tapi sekarang bukan lagi tempoh untuk berlatih, sekarang masuk tempoh ‘conditioning’ dan atlet akan menyertai kejohanan kerana kita mahu pastikan kejayaan di Sukan Sea nanti,” kata Shahidan


Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...