Skip to main content

'Yang lain boleh, tapi bukan KOAM'

PERSATUAN lain boleh bangkit bicara kes masing-masing tetapi bukan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Penjelasan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, semalam secara terang menolak cadangan Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memegang tanggungjawab membayar elaun atlitnya seperti diamalkan sebelum Sukan Komanwel 1998.

“Jika cadangan itu dikemukakan persatuan lain, saya mungkin boleh berbincang lagi. Terus terang, saya tidak percaya kepada mereka apa lagi mengenai soal duit,” kata Zolkples.
Katanya, soal amanah kepada badan induk olahraga itu sangat diragui apa lagi selepas badan induk olahraga itu didakwa gagal membeli peralatan yang sepatutnya selepas menerima peruntukan RM280,000 pada akhir 2007.

Kredibiliti KOAM dalam pengurusan wang yang diamanahkan itu boleh dipersoalkan apabila KOAM yang sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membekalkan peralatan kepada pusat latihan negeri di bawah program Sukan Teras, tidak memberi penjelasan mengenai penggunaan wang itu.

“Pada masa itu, kita sudah bantu hingga mendapatkan sebut harga bagi mereka bekalkan peralatan yang sepatutnya kepada negeri namun barang itu sampai sekarang tidak pernah dibeli atau wang itu dipulangkan kepada MSN sehingga hari ini,” katanya.

Zolkples bagaimanapun tidak pasti sama ada presiden KOAM itu sudah dimaklumkan mengenai 'sejarah' pengurusan wang badan induk itu sebelum ini atau tidak.

Kelmarin, Shahidan meminta tanggungjawab menguruskan pembayaran elaun atlit diserahkan semula kepada badan induk itu apa lagi selepas kegagalan MSN yang dikatakan gagal membayar elaun atlit dan jurulatih mengikut jadual sehingga tertunggak beberapa bulan



Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2011/04/27

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...