Skip to main content

BAM tetap bida hak anjur Piala Sudirman

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tetap membida hak penganjuran Piala Sudirman 2013 dengan menyandarkan harapan kepada pemain sama yang melangkah ke suku akhir minggu lalu.
Setiausaha Kehormat persatuan itu, Ng Chin Chai berkata pihaknya akan tetap membida hak penganjuran biarpun tidak memiliki pasukan yang kuat.

“Kita belum menghantar kertas bidaan kerana prosedur bidaan belum dikeluarkan,” kata Chin Chai.
BAM masih ada masa sebulan lagi untuk menghantar kertas bidaan kerana kertas bidaan perlu diserahkan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selewat-lewatnya 30 Jun ini.

Hasrat BAM untuk membida ada baiknya kerana negara belum pernah menganjurkan acara badminton berpasukan dunia itu sejak kali pertama diperkenal pada 1989.

Namun menjadi persoalannya, apakah BAM sekali lagi menjadi penganjur berjaya sedangkan tiada barisan pemain yang mantap untuk mencabar kejuaraan.

“Kita bukan hanya akan berusaha menjadi penganjur yang berjaya tetapi juga mahu melakar kejayaan yang mana saya anggap separuh akhir adalah sasaran terbaik untuk dicapai.

“Tiada salahnya kita turunkan pemain sama jika Datuk Lee Chong Wei, Wong Pei tty-Chin Eei Hui masih mahu bermain dan berada di tahap terbaik,” kata Chin Chai ketika ditanya mengenai barisan yang akan mencapai kejayaan jika Malaysia menjadi tuan rumah.

Namun ketika ditanya mengenai kemungkinan pemain muda dalam skuad pelapis dan remaja didedahkan dalam banyak kejohanan bagi mendapatkan pemain yang baik menjelang dua tahun akan datang, beliau bagai menidakkan cadangan itu.

“Bagi saya, pemain yang ada ini masih boleh bermain, mereka hanya perlu tingkatkan latihan kerana masih ada ruang untuk peningkatan.”



HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...