Skip to main content

Elaine trauma

IMBAS KEMBALI...Elaine bersama ganjaran Shakam bernilai RM180,000 yang turut ditagih Elena.
IMBAS KEMBALI...Elaine bersama ganjaran Shakam bernilai RM180,000 yang turut ditagih Elena. 
 
BERPATAH arang, berkerat rotan. Perumpamaan nyata buat ratu gimrama negara, Elaine Koon yang nekad bersara walaupun diberi peluang menukar jurulatih atau diberi laluan penyelesaian yang lebih wajar.
Gimnas elit berusia 18 tahun itu kini sah meleburkan saja cita-citanya untuk terus menabur bakti kepada negara selepas menghantar surat rasmi kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), kelmarin.

“Dia menggelar saya perempuan sundal dan pelacur, malah saya turut dipukul. Itu adalah herdikan dan maki hamun yang tidak mungkin saya lupakan hingga ke akhir hayat,” kata Elaine dengan nada kecewa terhadap sikap jurulatihnya, Elena Kholodova yang dianggapnya melampau.
Namun, katanya, herdikan dan maki hamun itu mungkin boleh dimaafkan lagi tapi Elena melampaui batas apabila meminta berkongsi ganjaran keringat di Sukan Komanwel, Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (Shakam) berjumlah RM180,000. “Mungkin saya boleh bertolak ansur jika dia hanya memaki serta memukul saya, walaupun mengakibatkan saya berdepan tekanan mental sejak diserap ke dalam skuad elit kebangsaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mampu bertahan hingga mengambil keputusan menarik diri selepas dia (Elena) meminta duit yang saya menang di Sukan Komanwel.

“Dia menuntut haknya atas alasan, jurulatih adalah individu memainkan peranan besar atas kejayaan saya di New Delhi,” katanya dengan nada kesal, semalam.

Arena Metro, April lalu melaporkan pengunduran sementara Elaine sebelum ini disebabkan bermasalah dengan jurulatih, namun gimnas itu enggan mengambil kata putus untuk menarik diri sepenuhnya lagi.

Mengulas lanjut, Elaine berkata, keadaan semakin sukar apabila Elena cuba memburukkan nama serta reputasinya yang disifatkan gimnas terbaik sekarang ini.
“Kini dia mengatakan saya mempunyai masalah disiplin. Sedangkan rakan atlet umum mengetahui saya tidak pernah ponteng latihan, tidak pernah lewat malah sanggup menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun lalu,” katanya.

Senario dihadapi Elaine ini turut dialami rakan seangkatan lain yang terdahulu serta ia turut dikatakan menjadi punca kepada pengunduran Nur Hidayah Abdul Wahid, baru-baru ini.

“Kini sukan gimrama negara kehilangan dua atlet serentak. Perkara ini amat mengecewakan kerana saya bercita-cita untuk kekal sebagai seorang gimnas dan mengakhirinya sebagai jurulatih, sia-sia saya berada dalam arena ini lebih 10 tahun.

“Angan-angan itu kini hancur kerana masalah ini. Jika saya terus kekal dalam sukan ini dan bertukar jurulatih sekalipun, ia kini menjadi parut sukar dilupakan dan orang ramai akan memandang serong kepada saya. Oleh itu, menarik diri langkah terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, pihaknya akan berbincang dengan Elaine dan keluarga untuk mencari jalan penyelesaian lebih wajar.

“Kita akan mencari jalan penyelesaian kerana dia (Elaine) antara atlet terbaik negara. Rugi menarik diri. Namun, dalam situasi ini kita tidak boleh menyalahkan jurulatih sepenuhnya kerana kemampuan Elena melahirkan atlet terbaik sudah terbukti,” katanya.



HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...