Skip to main content

Naim tidak berminat bertanding naib presiden

KUALA LUMPUR - Ura-ura mengenai Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad akan bertanding jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terjawab apabila beliau menyangkal khabar angin tersebut.

Naim yang akan menjadi chef-de-mission Malaysia ke Sukan SEA Jakarta, November ini menolak ura-ura mengenai beliau akan bertanding dalam pemilihan MOM tatkala tempoh untuk menghantar senarai nama pencalonan masih dibuka dan akan berakhir Selasa depan.

"Tidak ada pencalonan dan jika ada sekali pun saya tidak berminat untuk bertanding. Sebelum ini Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ada menawarkan kepada saya berikutan kekosongan yang ditinggalkan Datuk A. Sani Karim, tetapi menolak pelawaan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden MOM selepas penyandangnya, Tan Sri Dr. M. Jegathesan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan.

Jelas Naim, walaupun ditawarkan oleh Kok Chi untuk bertanding jawatan tersebut dan dikatakan antara calon yang layak, beliau menolak dengan baik dengan memberi alasan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada sukan berbasikal yang disenaraikan dalam Program Road To London 2012.

"Tambahan pula saya perlu memberi tumpuan yang lebih menjelang November ini kerana menjadi CDM untuk kontinjen negara di Sukan SEA Jakarta, memang dalam tempoh dua bulan ini saya tidak sibuk tetapi menjelang September saya harus beri komitmen yang lebih.

"Jika ada orang yang mencalonkan saya bagi jawatan tersebut, saya akan menolaknya dengan baik, mungkin sekarang masih kurang sesuai buat saya memberi komitmen jika dipilih menjadi Naib Presiden MOM," katanya.

Selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun ini, senarai calon yang bertanding bagi penggal 2011-2013 akan disediakan untuk membolehkan 105 wakil daripada 35 ahli gabungan mengundi pada mesyuarat agung 18 Jun.



UTUSAN MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...