Skip to main content

Tahun 2030 tidak sesuai untuk ASEAN


Razali Ibrahim (kanan) bergurau dengan Datuk Malek Noor (tengah) dan Radha Krishnan selepas merasmikan kedai sukan jenama FBT di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim akan cuba merujuk semula kepada Kabinet dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sekiranya perlu cadangan negara-negara ASEAN untuk membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030 dipinda ke tahun lain selepasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Bola Sepak Negara berkata, ia bagi mengelakkan peluang ASEAN menjadi samar sekiranya kekal dengan bidaan 2030 memandangkan jiran Asia mereka, Qatar baru sahaja dipilih sebagai tuan rumah pusingan akhir kejohanan berprestij dunia itu pada 2022.

"Piala Dunia 2030 mulanya diletak sebagai sasaran awal dan terhampir untuk dibida Asia tetapi selepas Qatar dipilih FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) menjadi tuan rumah 2022, kita kena fikirkan satu tahun lain yang tidak boleh terlalu hampir termasuk 2026," katanya selepas pembukaan rasmi Kedai Sukan FBT di Kompleks Pertama di sini, semalam.

Cadangan ASEAN membida Piala Dunia 2030 diumumkan Anifah Aman di Lombok, Januari lalu malah Malaysia diberi mandat jiran serantau bagi menyediakan kertas kerjanya walaupun Presiden FIFA, Sepp Blatter di Kuala Lumpur kemudian menyifatkan pengelolaan bersama sebagai sukar dilaksanakan seperti mana Korea Selatan-Jepun pada 2002.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Fitness & Leisure Sdn. Bhd. pengendali eksklusif Kedai FBT, Datuk Radha Krishnan berkata, mereka berhasrat untuk menaja beberapa pasukan bola sepak dalam Liga Super dan Perdana bagi menambah pembabitan syarikat itu selain dengan memanah, gimnastik dan boling padang.

"Selain itu, kami turut akan meluaskan rangkaian Kedai FBT ke beberapa lagi bandar utama seperti Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang sebagai memenuhi permintaan pengguna barangan sukan, rekreasi, senaman dan aktiviti luar rumah lain," katanya.


Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...