Skip to main content

Tubuh jawatankuasa bersama

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) wajar menubuhkan jawatankuasa siasatan bersama bagi menyiasat isu berkaitan atlet olahraga yang melarikan diri ketika diarahkan untuk melakukan ujian doping, baru-baru ini.

Cadangan tersebut disuarakan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang berpendapat masalah tersebut ditangani bersama kerana isu tersebut melibatkan disiplin atlet.
Katanya, melanggar arahan untuk menjalankan ujian doping adalah satu kesalahan disiplin yang boleh menyebabkan individu terlibat berhadapan hukuman berat.

"Selepas siasatan dijalankan, jawatankuasa siasatan tersebut berhak untuk mengenakan hukuman kepada mereka yang terlibat.

"Kebiasaannya hukuman gantung daripada menyertai kejohanan akan dikenakan namun itu semua bergantung kepada keputusan hasil siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Setakat ini hanya tiga daripada enam atlet olahraga yang terlibat telah menjalani ujian doping selepas berita kehilangan mereka dilaporkan media.

Bagaimanapun, Kok Chi berkata, seandainya hasil ujian yang dilakukan oleh tiga atlet tersebut positif mengunakan bahan terlarang maka pihak Institut Sukan Negara (ISN) sendiri yang akan menjalankan siasatan tanpa campur tangan pihak lain.

"Kes ini boleh dianggap berat jika hasil ujian mendapati mereka positif dan kebiasaannya ISN akan bertindak sebagai pihak yang neutral untuk menyiasat perkara ini sebaliknya MSN dan KOAM hanya berkuasa untuk menyiasat perkara berkaitan masalah disiplin sahaja.

"Seandainya tiga atlet tersebut positif sudah tentu tiga lagi yang belum menjalani ujian doping turut sama positif. Apa pun kita akan tunggu hasil ujian yang akan diperolehi pada dua atau tiga hari ini," kata Kok Chi.
Dalam pada itu, Kok Chi turut memberitahu MOM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campur tangan dalam masalah tersebut.

"Kita hanya akan terlibat secara automatik sekiranya kes ini berlaku ketika berlangsungnya temasya sukan besar seperti Sukan Asia, Komanwel atau sebagainya.

"Tetapi jika MSN dan KOAM mahu mendapatkan khidmat nasihat daripada MOM kami sedia untuk membantu," jelas Kok Chi.


Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...