Skip to main content

Zol tuntut penjelasan

KETUA jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed kini perlu berani tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan masalah antidoping membabitkan anak-anak didiknya bertambah rumit.
Saranan itu disuarakan sendiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang melihat tindakan itu bakal menjernihkan keadaan yang semakin kusut terutamanya ketika kebuntuan mengenai kedudukan tiga atlet di bawah jagaannya yang masih gagal dikesan.

“Adalah sangat penting untuk beliau tampil ke depan dan menjelaskan perkara sebenar. Saya juga sebenarnya masih belum jelas terutamanya mengenai penglibatannya dalam perkara ini atau terdapat pihak lain yang turut memainkan peranan.
“Beliau sudah lama menjadi jurulatih, sekiranya benar kenapa ia dilakukan sekarang dan tidak sebelum ini,” katanya.

Harun kini menjadi tumpuan selepas salah seorang daripada enam atlet olahraga yang melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping di Institut Sukan Negara (ISN) minggu lalu mendakwa tindakan mereka itu adalah kerana mengikut arahan ketua jurulatih negara itu yang juga berkemungkinan berpunca daripada sejenis pil yang diberikan ketua jurulatih itu sejak kebelakangan ini.

Tiga daripada enam atlet terbabit bagaimanapun mengubah fikiran dan menjalani ujian antidoping seperti yang diarahkan manakala lokasi sebenar Nurul Sarah Kadir, Norjannah Hafiszah Kamaruddin dan Mohd Noor Imran A Hadi yang 'lesap' sejak Selasa lalu masih belum diketahui.

“Kami sudah membuat laporan polis kelmarin mengenai kehilangan tiga atlet itu dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak imigresen sama ada mereka sudah berada di Bulgaria atau sebaliknya,” katanya.

Lebih menghairankan Zolkples apabila terdapat terdapat arahan dari pihak tertentu kepada tiga atlet yang sudah menjalani ujian antidoping iaitu Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Li Leng supaya segera berlepas ke Bulgaria.

“Saya memang pelik dengan perkembangan terbaru ini kerana tiga atlet itu beraksi untuk acara berganti-ganti (4x100m) dan tidak dapat menjalani latihan sempurna sekiranya tidak mempunyai ahli pasukan tidak lengkap, melainkan baki tiga atlet yang menghilangkan diri itu memang sudah berada di Bulgaria tanpa pengetahuan MSN,” katanya.

Pada asalnya kesemua atlet yang terbabit dijadualkan menjalani latihan di Bulgaria di bawah pembiayaan MSN berjumlah RM177,782 namun keadaan menjadi rumit berikutan tindakan mereka menghilangkan diri selepas diarahkan menjalani ujian antidoping.

Difahamkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia yang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat majlisnya pada minggu depan.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...