Skip to main content

Hoki kita dibelasah Belanda 1-9

KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan dibelasah 1-5 dan 1-9 dalam dua perlawanan persahabatan dengan pasukan No. 2 dunia Belanda, di Amsterdam baru-baru ini.

Kekalahan buruk itu dicatatkan selepas skuad negara mempamerkan aksi hambar pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Memegang status sebagai pemenang pingat perak Sukan Asia di Guangzhou, China tahun lalu, persembahan seburuk itu tidak sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila menyaksikan jurang gol yang cukup besar yang dijaringkan Belanda.

Kekalahan tersebut turut menyaksikan jurang prestasi yang begitu jauh antara pasukan yang berada di ranking No. 2 dunia itu dengan skuad kebangsaan yang menghuni tangga ke-15 dunia.

Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh, mengakui jurang permainan antara pemain negara dan Belanda terlalu jauh, sehingga skuad bimbingan Tai Beng Hai itu begitu mudah diratah.
"Kita akui jumlah jaringan yang kita lepaskan sukar diterima akal, tetapi inilah realiti yang perlu kita hadapi.
"Kekalahan itu merupakan satu pengajaran terbaik buat para pemain.

"Mereka perlu belajar daripada kedua-dua kekalahan itu dan segera memperbaiki kelemahan yang ada," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Menurut Maninderjit, adalah sukar untuk menerima keputusan seburuk itu, tetapi tujuan sebenar PHM menghantar skuad kebangsaan ke Belanda adalah untuk meraih pengalaman.

Skuad kebangsaan yang dalam persiapan menjelang untuk pusingan kelayakan Olimpik awal tahun depan, kini berada di Eropah untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan.
Jelas bekas ketua kebangsaan itu, walaupun kalah teruk, pengajaran yang diperoleh benar-benar memberi manfaat berguna buat skuad hoki untuk membina kembali kekuatan dengan belajar dari pasukan handalan dunia itu.

"Untuk menjadi pasukan terbaik, kita perlu bermain dengan pasukan terbaik juga.

"Sekiranya kita mengadakan perlawanan persahabatan untuk tujuan melakar kemenangan semata-mata dengan pasukan yang sama standard dengan kita, maka skuad negara tidak akan belajar dari kelemahan yang ada," katanya.


Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...