Skip to main content

Pro & Kontra: Wujud semula pertandingan peringkat mukim, daerah

SEKALIPUN rasuah bola sepak menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini dan saya sendiri diundang sebuah stesen televisyen swasta tempatan untuk membincangkannya Jumaat lalu, Sukan Malaysia (SUKMA) tetap menarik perhatian saya.

Ini kerana pencapaian atlit Perak yang gagal meraih sebarang pingat emas di temasya Kuala Lumpur 2011 turut meletakkan negeri itu di tangga tercorot, selepas hanya mengutip lima perak dan 18 gangsa daripada 13 negeri yang mengambil bahagian.

Saya seperti tidak percaya dengan pencapaian Perak sedangkan kemudahan sukan yang ada di negeri itu adalah antara yang terbaik, malah saya tertanya-tanya bagaimana negeri kecil seperti Perlis mampu meraih lima emas, enam perak dan lapan gangsa.


Banyak kejohanan bertaraf antarabangsa seperti hoki Piala Sultan Azlan Shah dan terbaru, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia diadakan di Ipoh dan mereka terbukti mampu memberi persaingan, tetapi sebaliknya berlaku di SUKMA.

Saya berharap satu bedah siasats dilakukan Perak dan pasukan lain yang gagal mencapai sasaran kerana SUKMA adalah gelanggang untuk menilai atlit untuk diserapkan mewakili negara di pentas antarabangsa.

Ia sama seperti bola sepak, jika kurang bilangan kelompok atlit di peringkat bawahan, ia juga memberi kesan kepada mutu saingan dan akhirnya kita akan gagal melahirkan pemain yang berkualiti di peringkat lebih tinggi.

Ketika berucap merasmikan temasya sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II di FELDA Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah baru-baru ini, saya ada menyarankan supaya penganjuran bola sepak peringkat mukim, daerah dan negeri diwujudkan semula bagi persatuan negeri yang belum menganjurkannya.

Saya percaya, jika negara memiliki ramai pemain yang mampu memberi persaingan, tidak mungkin ada pemain yang bersikap besar kepala dan membuat pelbagai tuntutan yang akhirnya mendatangkan masalah kepada pasukan, sedangkan sumbangan mereka tidak sebesar mana.


BERITA HARIAN


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...