Skip to main content

Tuanku Mizan menyerlah

YANG Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama anakandanya, Tengku Muhammad Ismail dan Mohd Sulaiman Muda meraih tempat ketiga acara berpasukan dalam Kejohanan Malaysia-Thailand Open Endurance Challenge Trophy 2011 yang berlangsung di Terenggganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu, awal pagi semalam.
Tuanku Mizan yang menunggang kuda bernama Smit mencatat masa 4 jam 19 minit 49 saat, Tengku Muhammad Ismail (4 jam 19 minit 50 saat) dan Mohd Sulaiman (4 jam 56 minit 43 saat) selaku wakil pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) menewaskan 13 pasukan lain untuk memenangi tempat ketiga acara berpasukan.

Juara berpasukan disandang pasukan The Horses dari Thailand diwakili oleh Wipawan Pawitayalarp, Warit Khuntarhporn dan Prutirat Ratanakul Serireongrith meraih hadiah wang tunai AS$2,000 (RM6,071) bersama trofi kejohanan.
Wipawan mencatat masa 4 jam 3 minit 3 saat, Warit (4 jam 3 minit 4 saat) dan Prutirat Ratanakul (4 jam 3 minit 26 saat).

Manakala pasukan State Of Terengganu Endurance Team (STET) yang diwakili Datuk Abdullah Taib (4 jam 18 minit 25 saat), Mohd Kharul Abidin Mohd Nasir (4 jam 19 minit 24 saat) dan Md Firdaus Hamid (4 jam 34 minit 46 saat) menduduki tempat kedua.

Juara acara individu disandang peguam dari Terengganu, Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusof dengan masa 4 jam 2 minit 50 saat untuk meraih hadiah wang tunai AS$1,000 (RM3,035) bersama trofi.

Sementara itu, Wan Mohd Kamaluddin mencatat purata kelajuan 19.77 kilometer sejam menewaskan 53 peserta lain.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam majlis perasmian Sultan Mizan Cup 2011 di Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu.

Wan Mohd Kamaluddin, 39, berasal dari Besut, Terengganu bersyukur kerana berjaya memenangi acara individu.

“Ini kemenangan kali ketiga tahun ini selepas berjaya melakukannya di Johor dan Terengganu,” katanya.


HARIAN METRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...