“BERI peluang dan kepercayaan kepada Datuk K Rajagobal membuat percaturan untuk skuad kebangsaan sebelum menghadapi pasukan Singapura, Khamis ini (esok).
“Ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya semangat kerja berpasukan amat diperlukan bagi memberi motivasi kepada pemain membuktikan kemampuan mereka,” kata bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan.
Bekas jurulatih yang berjaya membawa pasukan Kelantan merangkul Piala Malaysia pada 2010 itu menaruh keyakinan Rajagobal akan membawa Harimau Malaya mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Sathianathan berkata, selain yakin dengan pengalaman Rajagobal yang membimbing Harimau Malaya sehingga memenangi Piala AFF Suzuki tahun lalu, kebolehan pemain juga menjadi ‘senjata’ untuk mempamer aksi cemerlang di Stadium Nasional Bukit Jalil, nanti.
Katanya, walaupun Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura Sabtu lalu, beliau tetap yakin dengan persiapan Rajagobal, malah kelebihan beraksi di laman sendiri satu kelebihan yang semestinya digunakan sepenuhnya pemain untuk memenangi perlawanan itu dengan kelebihan sekurang-kurangnya dua gol.
“Saya yakin, pasukan Malaysia boleh mengatasi Singapura dan ini dapat dibuktikan dalam perlawanan lalu, walaupun pada mulanya ketinggalan 4-1, pemain kita mampu bangkit untuk merapatkan kedudukan, malah boleh menjaringkan gol dalam tempoh singkat dan ia petanda positif Harimau Malaya mampu meraih kemenangan.
“Kita juga beraksi di tempat sendiri pada perlawanan kedua dan kelebihan itu perlu di manfaatkan sepenuhnya untuk mencari kemenangan sekurang-kurangnya 2-0,” katanya.
Menurut Sathianathan, masih banyak lagi cabaran lebih besar menanti pasukan kebangsaan jika berjaya menewaskan Singapura.
MyMEtro

Comments
Post a Comment