Skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Singapura, Khamis ini.
"SINGAPURA tak hebat. Ayuh serang dan robohkan kubu mereka. Pertahanan mereka longgar.” Itulah firasat positif bekas pemain tonggak negara, Razip Ismail menjelang pertembungan Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis ini.
Dia percaya jika skuad Harimau Malaya boleh meledak tiga gol di gelanggang lawan, Sabtu lalu mereka mampu gegar lagi gawang Singa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga turut bergandingan dalam menyalakan semangat perjuangan skuad negara untuk membalas dendam.
“Jika semangat sama dapat ditunjukkan ketika menewaskan Taiwan (pusingan pertama) saya amat yakin kita boleh menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 ke atas Singapura.
Penyokong kita boleh menjadi faktor pembantu menggapai impian, Khamis ini,” katanya, semalam.
BERITA HARIAN
Comments
Post a Comment