Skip to main content

Malaysia tewas angkara servis longlai


Perejam Thailand, Pornchai Kaokaew melibas sambil dihalang pemain negara, Norshahruddin Mad Ghani pada perlawanan akhir Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR - Kegagalan regu negara memanfaatkan servis yang lebih banyak terkandas mahupun mudah disambut Thailand, menjadi punca kekalahan mudah anak buah Jamaluddin Hassan 0-3 dalam perlawanan akhir Sepak Takraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2011, semalam.

Sistem baru kiraan 15 mata selain servis tiga kali berturut-turut dan bergilir dengan lawan yang diperkenalkan sejak Januari lalu, tidak banyak membantu menjulang prestasi tuan rumah biarpun bertemankan sokongan hampir 2,000 penyokong yang membanjiri Stadium Titiwangsa.

Kata Jamaluddin: "Servis dalam sistem baru ini menjadi penentu perlawanan ini. Kita lebih banyak terkandas, terkeluar atau masih boleh disambut Thailand tetapi kita pula gagal mematahkan giliran lawan. Kita juga banyak kerugian mata apatah lagi dengan kawalan gelanggang yang kurang kemas.
"Rejaman Norshahruddin juga sentiasa berdepan dengan hadangan Pornchai Kaokaew selain pertahanan mantap regu mereka. Berilah saya masa dalam empat bulan ini (menjelang Sukan SEA Indonesia, November) untuk kembali menghasilkan sebuah regu emas (berciri-ciri juara)," katanya.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan anjuran Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
Utusan Malaysia turut menjadi akhbar rasmi kejohanan sulung selama empat hari sejak Khamis lalu yang berjaya menarik penyertaan 36 regu lelaki dan wanita dari 24 negara Asia, Oceania dan Eropah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail akur dengan kehebatan musuh tradisi itu yang mungkin dipengaruhi tekanan pemain tertentu dalam berdepan kehadiran dan harapan tinggi ribuan penonton sehingga corak permainan mereka serba tidak menjadi.

"Saya tidak salahkan kehadiran ramai dan sokongan padu penonton malah mengalu-alukannya tetapi kita kena akui kita masih lemah dalam membuat dan menyambut servis. Perlawanan akhir itu juga menunjukkan lonjakan apit kanan sentiasa tinggi maka rejamannya mudah mengatasi Norshahruddin.

"Saya puji peningkatan permainan Malaysia dalam set ketiga tetapi keseluruhannya, saya rasa kita perlu berlatih lebih giat dan mencari kaedah baru atau saintifik dalam meningkatkan kemahiran dan kemampuan pasukan kita dengan bantuan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara)," katanya.
Sementara itu, jurulatih Thailand, Kamol Tankimhong menafikan mereka memperkecilkan kemampuan tuan rumah apabila menurunkan regu kedua dan merehatkan langsung pelibas utamanya, Anuwat Chaichana tetapi lebih didorong kehadiran ribuan penyokong tuan rumah.

"Kami perlukan pemain yang berpengalaman luas seperti Pornchai bagi mengawal situasi dan mententeramkan keadaan regu kami yang mungkin mudah tertekan dan terganggu dengan kehadiran penyokong lawan. Sukar bermain dalam keadaan sebegitu dan saya akui persembahan kami amat bagus," katanya.

Sementara itu jurulatih skuad wanita Malaysia, Md. Fikri Md. Nor yang menyaksikan anak buahnya mencuri satu set sebelum tewas 1-3 kepada Vietnam dalam separuh akhir, berkata: "Pengalaman memisahkan kami. Kami tahu Vietnam memang kuat tetapi saya berpuas hati dengan corak permainan pasukan kita".



UTUSAN MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...