Skip to main content

Rajagobal tidak tambah pemain

TIADA pemain baharu dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. Pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, hanya 24 pemain yang dibawa ke Singapura dilihat turun menjalani latihan tanpa kelibat Norshahrul Idlan Talaha yang masih cedera ataupun mana-mana pemain baharu.

Menurut Rajagobal, hanya dua pemain yang tidak dapat menjalani lati- han penuh iaitu Safee Sali dan Amirul- hadi Zainal yang mengalami demam sejak pagi semalam. "Sepanjang beberapa hari latihan ini, saya mahu lihat keadaan Aidil Za- fuan Radzak sama ada dia sudah pulih sepenuhnya dan begitu juga tentang pengganti Safiq Rahim di posisi tengah. "Cadangan untuk ambil pemain baharu, semua kena faham yang saya bu- kan tidak membuka pintu untuk mereka tersenarai. Norhafiz Zamani Mis- bah memang sentiasa dalam peranca- ngan saya sejak 2009 lagi. "Tetapi selepas dia pulih daripada kecederaan lutut ACL, saya tak mahu panggil dia untuk tempoh dua hari ini dan beri dia tekanan serta-merta bagi perlawanan Khamis ini," kata Rajago- bal ketika ditemui pada sesi latihan petang semalam.

Ketiadaan Safiq yang digantung perlawanan setelah menerima kad merah pada aksi pertama Sabtu lalu memungkinkan posisi tengah menjadi rebutan Amar Rohidan, Shakir Shaa- ri, K. Gurusamy dan Ismail Faruqi Ashari bagi membentuk gandingan mantap. Ditanya tentang kerapuhan barisan pertahanan yang diketuai Muslim Ahmad dan Fadhli Shas pada aksi Sabtu lalu, Rajagobal tidak mahu ia terus di- pandang dari sudut negatif menjelang aksi kedua Khamis ini.

"Kita tahu barisan pertahanan kita buat kesilapan mudah. Kita telah tunjuk video kepada mereka supaya ia tidak berulang. "Tetapi apabila terdapat tanda positif, kenapa kita selalu nak fikir nega- tif. Rakyat Indonesia, selepas pasukan mereka tewas 0-3 kepada kita pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010, masih yakin dengan pasukan mereka. "Masa inilah kita memerlukan soko- ngan semua pihak daripada kita terus berfikiran negatif. Lihat sajalah usaha para pemain bangkit pada babak kedua dan menghasilkan dua gol. Itu sesuatu yang positif. "Biarpun misi utama saya untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tetapi kita tetap tak mahu kalah pada Kelayakan Piala Dunia 2014 ini dan saya masih yakin para pemain mampu mencipta kemenangan Khamis ini," jelas Rajagobal.



KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...